October 17, 2012

Biodata Aidil Zafuan Pemain Bola Sepak Negara

Assalamualaikum.



Apa kes lak kan minat pemain bola sepak nie ? ekeke, sajaa, just nak ucap, TAHNIAH sebab menang game arituh, bila ingat HOBIN JANG HOBIN, ingat puloks pada pemain bole sepak kembar nie, apa apa pun, yuk tengok, watchaa





Nama penuh : Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak
Tarikh lahir : 3 Ogos 1987 (umur 25)
Tempat lahir : Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Posisi : Pertahanan
Maklumat kelab : Kelab semasa Negeri Sembilan FA Nombor 7
: Kelab remaja Negeri Sembilan FA
: Kelab senior 1 Tahun Kelab App (Gol)*
: 2006-Sekarang Negeri Sembilan FA
: Pasukan kebangsaan( 2) 2008
: 2007-Sekarang Malaysia XI
: Malaysia 5 (1)
: 16 (1)

1 Penampilan dan gol kelab senior
dikira untuk liga domestik sahaja.
2 Penampilan dan gol pasukan kebangsaan adalah tepat
semasa 8 Disember, 2008.
* Penampilan (Gol)

Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (lahir pada 3 Ogos, 1987 di Seremban, Negeri Sembilan) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain bersama Negeri Sembilan FA di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Dia juga merupakan abang kepada pasangan kembarnya iaitu Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.



Kerjaya

Aidil Zafuan merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil. Dia mula mewakili Malaysia ketika berusia 16 tahun. Ketika berumur 18 tahun, Aidil mewakili pasukan Negeri Sembilan FA untuk kejohanan Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA). Pencapaian terbaik Aidil bersama pasukan remaja Negeri Sembilan FA ialah memenangi pingat emas Sukan Malaysia pada tahun 2004.

Pasukan Remaja Kebangsaan

Pada tahun 2004, Aidil mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan Belia Bawah 20 AFC. Tahun berikutnya, Aidil terpilih untuk mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kelayakan Belia Bawah 20 AFC. Setelah melayakkan diri ke India pada tahun 2006, Aidil diberi tanggungjawab untuk memimpin pasukan remaja Malaysia pada kejohanan Belia Bawah 20 AFC 2006 di India.

Bersama Negeri Sembilan FA

Pada tahun 2005, Aidil diberi peluang untuk mewakili pasukan utama Negeri Sembilan FA. Pada tahun itu juga, dia diberi peluang untuk beraksi bersama Negeri Sembilan FA sehingga muncul selaku juara Liga Super Malaysia dan naib juara Piala Malaysia

Pasukan Bawah 23 Tahun Kebangsaan

Aidil mula mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia pada kelayakan Sukan Olimpik 2008. Dia kemudiannya terpilih mewakili pasukan bawah 23 tahun ke kejohanan Pesta Bola Merdeka di mana pasukan bawah 23 tahun Malaysia muncul juara setelah menewaskan Myanmar 3-1. Aidil kemudian mewakili Malaysia ke Sukan SEA Korat di Thailand pada tahun 2007. Namun Malaysia gagal membawa pulang sebarang pingat.

Pasukan Kebangsaan

Aidil membuat penampilan sulung bersama skuad utama kebangsaan ketika bertemu kemboja. Pada perlawanan itu, Aidil berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan kebangsaan. Aidil kemudiannya terpilih untuk mewakili Malaysia pada Piala Asia 2007. Dia hanya sempat beraksi pada perlawanan menentang Iran di mana Malaysia tumpas 0-2. Pada kelayakan Piala Dunia 2010, Aidil menerima kad merah pertamanya selepas bertelagah dengan pemain Bahrain Mahmood Abdul Rahman yang menyebabkan dia digantung tiga perlawanan oleh FIFA. Pada tahun 2008, Aidil terpilih untuk mewakili pasukan Malaysia XI untuk menentang Chelsea F.C.. Pada perlawanan tersebut, Malaysia XI tewas 0-2 kepada Chelsea F.C..

Gol Antarabangsa

# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Perlawanan
1. 18 Julai, 2007 Shah Alam, Malaysia Kemboja 6-0 Menang Persahabatan


Lots Of Love,

0 Comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Rights Reserved by Azah Rahaman