Nazmi Faiz Mansor | Skuad Harimau Muda




Biodata Nazmi Faiz Mansor

Nama : Muhamad Nazmi Faiz bin Mansor
Nama Panggilan : Nami, Nazmi
Tarikh Lahir : 16 Ogos 1994
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Umur : 17 Tahun
Tinggi : 1.67m
Posisi : Pemain Tengah


Dah jatuh limpa dengan Nazmi Faiz pemain skuad harimau mudaa, hehehe , bila tengok dia orang pertama yang memasukkan gol pertama malaysia berhempas dengan bahrain, azza terus jatuh cinta, apa boleh buat, mata keranjang, phewitttt. HAHA. bagi yang tak tahu lagi, Nazmi bakal mengambil SPM pada tahun hadapan, azza terfikir juga, ini kan musim peperiksaan, takkan lah si Nazmi tanak ambil ujian? soalan azza terjawab, ini dia.

KUALA LUMPUR: Pemain paling muda dalam skuad Olimpik negara Muhd Nazmi Faiz Mansor akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan setelah tidak berbuat demikian tahun ini.

Demi bagi membantu skuad Harimau Muda beraksi di Temasya Sukan SEA Indonesia 2011 yang baru berakhir, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ini sanggup menangguh peperiksaan SPM yang sepatutnya didudukinya mulai 14 Nov lepas.
Pengorbanan pemain yang memakai jersi nombor 21 ini berbaloi apabila skuad Bawah 23 Tahun Negara berjaya meraih emas dengan menewaskan Indonesia.

Bapa Muhd Nazmi Faiz, Mansor Mustafa berharap anaknya bukan sahaja berjaya dalam arena bola sepak malah turut cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.


"Saya bangga dengan kejayaan anak saya dalam sukan bola sepak namun pelajaran juga penting dalam menentukan masa depan beliau," kata peniaga berusia 40 tahun ini kepada Bernama hari ini.


"Kami sekeluarga sentiasa memberi dorongan kepada Muhd Nazmi Faiz untuk maju dalam sukan bola sepak dan tidak pernah menghalang minat dan impiannya itu, jelas Mansor.

Beliau berkata walaupun anaknya seorang yang pendiam, dia adalah seorang yang berdisiplin dalam soal pengurusan masa dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.

"Dalam membantu Muhd Nazmi Faiz membahagikan masa antara latihan dan pelajaran, saya serahkan perkara tersebut kepada guru-guru SSBJ kerana mereka tentu mempunyai formula terbaik dalam mengatur jadual harian pelajar mereka," katanya. - BERNAMA



HAHA, dengar khabarnya ramai pulak yang jatuh hati kat Nazmi nieh, yelah, muda lagik, 17 tahun baru itu dan dia pun dah ada MAKWE ea, dah ada GIRLFRIEND, sapa yang tak nak kan? muda, handsome, pemain skuad harimau muda lagik, tapi kalau bagi dekat azza, azza taknak, kenapa? sebab ada pangkat bukan erti segala-galanya =) saya tak mahu tumpang populariti sapa-2, biarlah kita menjadi seperti low profile =)

6 comments: