July 29, 2012

6 Blogger Personal Famous Tanah Air

Assalamualaikum ^^


seperti tajuk di atas, harinieh azza nak senaraikan blogger-blogger famous yang sangat terkenal di tanah air. tanah air? hahaha :D okay. yang sangat terkenal di malaysia. siapa? nak tahu? okay. jom saksikann :D


antaranya ialah : Fatin Liyana, Hanis Zalikha, Maria Elena, Cik Epal, Irine Nadia dan Ben Ashaari :D


pertama. kita mulakan dengan kakak Fatin Liyana Asri :) azza kenal akak fatin liyana nie waktu akak fatin keluar MHI dulu. azza pun dah lupa macam mana tersangkut dengan dunia blog akak fatin liyana, mungkin daya tarikan dia dapat membuatkan azza tertarik untuk baca entri dia :) dia sangat-sangat comel. azza suka sangat berkawan dengan akak fatin liyana. kenal dah lama. komen pun jarang je dekat belog dia. haha. motif? jadi silent readers sudah lah. malas nak drop by lagik time tuh. mesti korang pun kenal dengan kakak fatin liyana nie? tipu la kalau tak kenal. blogger famous sangat dalam dunia bloggers. famous amous sampai tak terkira tahu! :D jum kenal akak fatin liyana. klik gambar akak fatin liyana untuk terjah blog beliau xD



ini pulak kakak  Hanis Zalikha. ehem. keluarga azza pernah jumpa dengan kakak Hanis Zalikha. waktu ada jamuan buka puasa tak silap. abang azza boleh dikategorikan berkawan rapat dengan abang atau adik (azza pun tak sure) Hanis Zalikha. abang azza pernah syorkan azaa bergambar dengan akak Hanis Zalikha sebenarnya tapi disebabkan kemaluan yang melampau xD so azza terpaksa la tolak tawaran abang azza tuh. ekeke. bukan malu. boleh dikategorikan SEGAN la. berdiri di tepi blogger famous Hanis Zalikha, takkan tak cemas kot kan? ketaq lutuq betui lah :D nak kenal akak Hanis Zalikha? tekan gambar untuk terjah blog kakak hanis!


this is Maria Elena. haha. kenal kan korang? ini kakak Maria Elena. azza kenal akak maria since dia youtubers lagi. macam mana azza boleh terpikat? sebab mulut dia yang outspoken. apa yang dia tak suka, dia terus luah. apa yang dia suka, dia terus luah :D orang macam kakak Maria Elena boleh dibuat kawan! sebab? daripada mulut dia, azza boleh kenal keikhlasan dia. daripada mulut dia, azza boleh kenal baik budi dia. daripada mulut dia, azza boleh kenal budi pekerti dia :) ehem. jangan tak tahu, akak maria elena dah berpunya ea? dengan siapa? ada kaitan jugak dengan kakak fatin liyana ! :D nak terjah blog kakak Maria Elena? boleh tekan gambar dia yang comel untuk terjah menerjah blog dia yang gorgeous ituu :D



"aku suka makan". lalalala. tuh ayat kakak si manis kita si Cik Epal. ha aa ! azza dah lama dah jadi silent readers pada kakak Cik Epal nie. dah berapa lama aa? since 2009 kot. saat mula-mula azza jejak kaki ke zaman blogging :D teehee. kenapa azza suka Cik Epal? sebab blog dia penuh dengan ambar makanannnnnnnnnnnnnnn. dan azza boleh dikategorikan jugak sebagai minah kuat makan! hahaa. gambar makanan di blog dia, peh. sedap-2 belaka! rugi tak try oo :D azza suka sangat blog akak Cik Epal. at least dia boleh suggest makanan yang azza suka kan. winkwink. nak terjah. klik gambar Cik Epal :D



blogger famous perempuan yang terakhir :) kakak Irine Nadia. baru berumur 20 tahun dan masih belajar di Universiti. paling penting status dia sekarang dah berkawin! alhamdulilah, lebih kurang sebulan yang lepas, akak Irine Nadia selamat diijabkabulkan dengan pasangan beliau, Amirul. macam tak percaya je kan? baru 20 tahun dah kahwin tapi tulah kan, jodoh yang Allah tunjuk awal. semoga perhubungan akak Irine Nadia dan abang amirul kekal sehingga ke akhir hayat hingga ke Jannah. amin. azza start kenal dengan akak irine, since akak irine berumur 18 tahun. kira dah dua tahun dah lah azza kenal dengan akak irine. tuh pun bermula dengan skodeng belog akak irine duluuu :D hehe. daripada post pertama lagi okay azza baca. menarik sangat! akak Irine Nadia kan comel? jadi azza pun berkenan la! akak Irine Nadia pun baik, penyayang, jujur :D suka sangat ada bloggers yang macam tuh. walaupun kaya, dikenali ramai tapi dia takkan lupa anak-anak gundik bawahan dia. alhamdulilah dapat kenal dengan akak irine nadia :D nak kenal akak Irine Nadia? klik gambar comel akak irine ! :D


dan terakhirnya. abang ben ashaari. salah seorang lelaki yang famous amous di dunia bloggers. juga dikenali sebagai hantu trafik. sebab? merata-rata blogger semua kenal dia. hebat kan? status dah beristeri dan mempunyai bayi lelaki seorang. Qhaliff nama dia. comel kan? semoga perkahwinan abang ben dengan isteri kekal bahagia hingga ke akhir hayat sehingga sampai ke syurga. doakan kami anak-anak gundik ini berjaya dalam bidang blogger ye abang ben? terima kasih sebab jadi hantu trafik pada kami! semoga rezeki abang melimpah ruah. amin ya rabbal alamin :)) nak kenal abang ben? klik gambar untuk menerjah blog beliau xD



alhamdulilah. tamat lah sudah kepada sesi perkenalan 5 blogger personal famous dalam dunia blogger. yang baik turunnya daripada Allah taala dan yang tidak baik itu ialah kelemahan daripada diri saya sendiri. kepada  kakak fatin liyana, kakak hanis zalikha, kakak maria elena, kakak epal, kakak irine nadia dan abang ben ashaari, maaf kalau ambil gambar tanpa pengetahuan abang dan kakak semua. niat azza baik. hanyalah untuk menghiburkan hati semua. maaf kalau ada ayat yang azza karangkan membuatkan diri abang dan kakak tersinggung, terluka dan sebagainya ea? ampun maaf sepuluh jari daripada azza :)

much love,

4 Comment:

cik EPAL said...

wahhh tak sangka masuk list. Terima kasih sudi baca blog :)

amal said...

salam ziarah ;) kann , diorangg memang blogger hebad !

http://applehijaulife.blogspot.com/2012/07/irine-nadias-wedding.html

Ohh Azza said...

thank you :D

Ohh Azza said...

sama-sama cikepal :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Rights Reserved by Azah Rahaman