October 3, 2012

Zaman Remaja Bukan Zaman Bercinta

Assalamualaikum.

Hidup kita sebagai remaja biarkan ia diisi dengan perkara yang berfaedah. Kenapa perlu mengejar akan benda yang haram sedangkan kita ada benda yang halal? Jangan jadikan zaman remaja kita sebagai zaman untuk kita bercinta. Bercinta itu boleh tapi biarkanlah ia dengan Allah, dengan ayah ibu, dengan keluarga, dengan sahabat-sahabat dan guru-guru. Jangan isikan zaman remaja kita dengan menghabiskan masa dengan percintaan dengan bukan mahram.



Jadikan diri kita seperti mawar yang berduri dan wanita yang diibaratkan sebuah durian yang berada di atas pokok, hanya lelaki yang cukup berani untuk memanjat pokok tersebut akan memegang dan memilikinya. cc : twitter ana . Kenapa ana utarakan ayat itu? Kerana hanya lelaki yang beriman sahaja perlu bertambat di hati kita. Untuk apa membuang masa dengan perkara yang tidak akan mendatangkan faedah dan keuntungan? Bercinta waktu remaja bukan benda yang berfaedah malah dengan perkara itulah, ia akan mendatangkan ZINA, HINA dan FITNAH.

Sahabatku, jangan bimbang jika kita sunyi kerana kita masih mempunyai Allah, kita masih mempunyai ibu ayah, kita masih mempunyai keluarga, kita masih mempunyai sahabat, kita masih mempunyai guru-guru yang menjadi ibu ayah kedua kita di sekolah dan tak lupa jua kita masih ada umat-umat Nabi Muhammad saw.



Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Tetapkan dalam diri. Jodoh kita akan sampai. Sama jua seperti waktu kematian kita. Cuma bila sahaja yang kita tidak tahu. Ingat, jodoh kita akan datang. Jodoh kita telah ditetapkan Allah ketika kita berusia 4 bulan ketika dalam kandungan ibu lagi. Ketika itu, Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri. Jadi untuk apa menunggu lagi? Sedangkan Allah sudah menetapkan pasangan kita. Sesungguhnya, bercinta sewaktu remaja ialah satu amalan yang membuang masa, wang ringgit dan harta benda.

Ikhlas :
Ukhti Azza

10 Comment:

Fendy said...

bagus entri ni...semoga dapat menyedarkan remaja diluar sana...

Nelly The Strange said...

bagus . ada betulnya .
:)

mira maisara said...

yeah..nice entry :D

Ukhti Azza said...

aamiin aamiin. memang itu niat azza pun :)

Ukhti Azza said...

terima kasih :)

Ukhti Azza said...

thanksss :D

вʋввℓɛ ρσρƨ said...

huhu ;) jgn risau . janji allah pasti benar ;)

Ukhti Azza said...

betul tu :D

Susan Lolo Bua said...

saya suka baca entry ni, menyentuh, kena dengan kehidupan zaman skrang ni, meski saya bukan Muslim, tapi saya percaya ayat diatas tu, Perempuan baik untuk lelaki baik, dan sebaliknya, saya saat ni dah usia 22 taun, tapi takde bercouple kapel, saya lebih mengejarc impian saya, drpada membuang waktu nak bercinta cintun.
skrang saya liat kawan2 zaman skolh yang suka becinta hidup tak karuan, sedih nampak.. time untuk menikmati masa remaja, masa muda, dah kena tinggal rumah jaga anak. uh.. sian tapi tu dah pilihan mereka.

Ukhti Azza said...

setuju dengan anda :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Rights Reserved by Azah Rahaman