November 19, 2012

2012 Tahunku Yang Cantik

2012 Tahunku Yang Cantik. Cantiknya tahun 2012 maka cantik jualah peribadi anak muda kelahiran Kelantan ini. 2012 merupakan tahun yang amat cantik kepada diri Azza. Blogger, pelajar sains tulen dan cinta. Tiga elemen ini berkait rapat dengan kehidupan seharian Azza. Hidup tanpa tiga elemen ini seolah-olah Azza hidup dengan dunia kegelapan.



Blogger berjaya. Ya. Itu sasaran Azza sejak kali pertama Azza menjejaki dunia blogger pada tahun 2008 lagi. Masa seharian Azza diselang seli dengan dunia blogger. Dalam seminggu, Azza tidak akan terlepas daripada mengupdate segala aktiviti Azza. Ada pembaca atau tidak, itu belakang cerita. Azza tidak kisah akan semua itu. Bagi Azza, penyampaian Azza kepada orang lain itu sampai.




Alhamdulilah, dengan kejayaan PMR Azza memperolehi 4A4B, Azza layak menerima tawaran menjadi pelajar sains tulen dan sekaligus menjadikan 2012 Tahunku Yang Cantik. Subjek biologi, kimia, matematik tambahan, fizik dan lukisan kejuteraan bidang Azza sekarang. Sungguhpun subjek sedemikian itu susah, namun harapan Azza, Azza akan memperolehi insyAllah 5A untuk kelima-lima subjek itu pada SPM yang akan datang. Dalam kehidupan mesti akan ada target agar kehidupan kita tidak akan lari dari landasan yang betul.




Hati kita Allah yang punya, hati kita Allah yang jaga. Berdoalah, kerna itu senjata kita. Andai takdir hidup bersama, pasti Allah permudahkan jalannya. Lelaki dan wanita bagaikan kasut & tali. Bagaikan elektron & proton. Bagaikan baju & seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan. Tanpa cinta, tidak wujudlah kasih sayang, kejujuran, kesetiaan dan kebahgiaan dalam sebuah kehidupan. Cinta itu mengajar kita segala-galanya. Cinta dulu pencipta kita barulah kita mencintai hamba-hambanya.


10 Comment:

Syaifuddin Alias said...

untuk berjaya bukan senang. Untuk mengalah begitu mudah ..terapkan nilai usaha selagi terdaya dalam hati. Tak kira ilmu blogging atau pelajaran. Ia mampu membawa kita ke satu tahap yg lebih tinggi.. Terima kasih kerana menyertai

Anisa Anuar said...

good luck yea =)

Rozuan Ismail said...

good luck. semoga menang!!

♥ Miss Hearty ♥ said...

tahun 2012 awk memang cantik ! gud luck dear :)

Ukhti Azza said...

@Syaifuddin Alias


sama-sama :D

Ukhti Azza said...

@Anisa Anuar

terima kasih :D

Ukhti Azza said...

@Rozuan Ismail

terima kasih :D

Ukhti Azza said...

@♥ Miss Hearty ♥

thankyou. terima kasih :)

AkmaOmar said...

Salam dik...semangat tu yang penting, saya doakan adik berjaya dalam pelajaran dan bidang yang adik minati k..anyway good luck to u ;)

Mentari Minda said...


semoga berjaya dengan contest yang disertai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Rights Reserved by Azah Rahaman