February 16, 2011

Nikah Gantung / Khitbah

Nikah khitbah ini diibaratkan macam nikah biasa cuma bezanya selepas akad nikah, pasangan tadi tidak boleh duduk bersama. Tujuan nikah gantung ini khas bagi si lelaki yang belum berkemampuan untuk bernikah dari segi mental dan fizikal, kewangan, nafkah zahir dan batin. Kira pasangan masih study la.

Rasulullah Saw bersabda kepada Ali Ra: "Wahai Ali, ada tiga perkara yang janganlah kamu tunda-tunda pelaksanaannya, iaitu solat apabila tiba waktunya, jenazah bila sudah siap penguburannya, dan wanita (gadis atau janda) bila menemukan laki-laki sepadan yang meminangnya. " (HR. Ahmad)

Bagi tanggungan pula, selepas akad nikah, tanggungan si isteri masih di bawah ayah/ibu. Tanggungan di bawah suami berlaku bila si isteri datang ke rumah suami yakni dalam walimatulurus. Dalam nikah khitbah, dibolehkan suami isteri berjumpa, berpegangan tangan dan melakukan hubungan ringan, bagi kes termengandung ke apa, anak tu dikira anak halal kerana pasangan tadi dah sah berkahwin.




Bila cerita pasal nikah khitbah, hantaran boleh dihantar kemudian. Walimatulurus boleh dilakukan kemudian. Masing-masing masih belajar. Mas kahwin pula perlu dilakukan dalam majlis akad nikah. Memandangkan masih belajar, letak lah yang rendah maharnya. Ada hadis yang mengatakan sebaik-baik wanita ialah yang paling ringan mas kawinnya. (HR. Ath-Thabrani). Rukun nikah khitbah tetap sama dengan nikah biasa. Antaranya ialah :


  • suami
  • isteri
  • wali
  • saksi
  • akad ( ijab qabul )

Indah bukan jika perkahwinan khitbah atau perkahwinan gantung? Ia jauh lebih baik daripada duduk buang masa ke hulu ke hilir, pegang tangan, sentuh sana-sini dengan pasangan bukan mahram kita. Sekurang-kurangnya kita kahwin ni semuanya halal la. Nak pegang okay, Nak keluar okay. Rindu okay. Sayang okay. Cinta okay, PAHALA pun bertambah malah berlipat kali ganda.


Jangan pernah takut untuk memberi tahu kepada ayah ibu tentang pernikahan gantung ini. Yakinkan ayah ibu, kita mampu. Terangkan pada ayah ibu sebenarnya benarnya perkahwinan gantung ini. Sudah semestinya ayah ibu kita akan setuju. Daripada melakukan zina, bercumbuan tak hala, melahirkan anak luar nikah, perkahwinan khitbah dan perkahwinan gantung lah yang paling baik untuk mengatasi masalah remaja zaman kini.

4 Comment:

Rozuan Ismail said...

TQ. belajar benda baru hari ni tentang nikah khitbah. jadi, kalau baca secara keseluruhan, bolehlah student nak kahwin kan.hikhik.mak ayah jangan halang ye

Ukhti Azza said...

@rozuan : haha yup! sesuai untuk student univ dan remaja yang nak kahwin tapi tak berkemampuan lagi nak sara keluarga :)

ain soofiyah said...

nikah khitbah ialah penyelesaian bgi mereka nak brcinta tpi x boleh kahwin sbb tgh study=D

Ukhti Azza said...

@ain : yup. penyelesaian terbaik :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Rights Reserved by Azah Rahaman