November 3, 2012

Review Aku terima Nikahnya



Cerita tentang kepayahan seorang isteri yang sangat setia, Arlisa (Nora Danish). Minit yang ke 11 Johan kemalangan diakibatkan sepasang suami isteri yang bergaduh. Isteri nak bersalin, suami pula keep steady marah isteri dia. Arlisa mengalami dugaan hebat apabila suaminya Johan lakonan Adi Putra ditimpa kemalangan dan menghadapi koma selama sebulan. Selepas kemalangan Johan telah hilang ingatan atau menghidap Selective Amnesia.


Arlisa sedaya upaya menjaga suaminya yang hilang ingatan walaupun suaminya Johan tu tak langsung mengenali dirinya. Arlisa mencuba untuk mengembalikan ingatan Johan dengan melakukan semula detik detik indah semasa mereka bahagia dulu. Namun semuanya gagal mengembalikan ingatan Johan. Lagi dugaan perlu dihadapi oleh Arlisa ialah apabila Johan mula rapat dengan Suriya lakonan Mon Ryanti.


Johan makin selesa dan mesra di samping Suriya malah menyatakan hasratnya untuk menceraikan Arlisa kerana hatinya sudah terpaut kepada Suriya. Pergolakan yang semakin kencang itu memaksa Arlisa mengundur diri walaupun cintanya pada Johan tidak pernah berubah. rating cerita 9/10 :)



Pelakon: Adi Putra, Nora Danish, Mon Ryanti, Azrel Ismail, Alex Yanz, dan Kamal Faridz.

0 Comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Rights Reserved by Azah Rahaman