December 27, 2015

Throwback Bah Besar 2014

izinkan saya throwback kejadian yg menimpa kami rakyat kelantan setahun yg lepas ye. 24/12/2015 malam saya tak tido lepas dapat info kuala krai, gua musang banjir teruk. 25hb, dapat info dari balai bomba kota bharu tak silap katanya elektrik akan dimatikan mungkin sebab air kena piawaian kot, saya tatau bab ni tp kami dapat info macam tu. handphone, powerbank, broadband, semua kami cas. baju baju packing. selamatkan barang2 penting, dokumen study apa semua. nasib baik kat rumah time tu ada abang saya 2 orang, saya dan mak. jadi gagah utk punggah barang2 dari tingkat bawah naik atas.

pkul 4 pagi, 25 haribulan. saya bunyi limpahan air. check2 air dah melimpah sampai ke jalan. (rumah saya tepi jalan je) terus kejutkan abang dengan mak. pastu dengar jiran rumah belakang packing barang semua. 25/12 pagi rumah sy start dimasuki air. pukul 3 ptg, tingkat bawah mencecah ke pinggang. Allahu. air naik mendadak sangat. abg abg sy nuh jauh di perantaun gusar hati, lepas call, call dan terus call tanya khabar kami di sini. petang tu packing barang semua terus pergi rumah makcik (jauh 500m je +- dengan rumah). time tu hanya bawak diri, baju utk dipakai, barang berharga dan dokumen penting. terpaksa tinggal meow kat rumah. time tu mmg dh alih meow ke tempat lbih tinggi.


26/12 air makin naik dan terus naik. hati tak keruan. dalam doa punyalah mention, ya Allah selamatkanlah meow. saya takde harta, saya ada meow je sebagai harta. nekad lepas solat zohor, 27hrbulan balik rumah amik meow guna rakit. terima kasih abang abang dan mak sebab sudi teman balik rumah amik meow cry emoticon balik rumah, meow sy mngeow lapar. sekor atas rak. sekor atas anjung pintu. ya Allah dapat dekor terus peluk cry emoticon rindunya ya rabbi. lepas daripada selamatkan dekor, balik rumah makcik balik.


sepanjang 5 hari saya dan sekeluarga di rumah makcik, saya terputus hubungan dengan abang abang kat luar negeri. line dimatikan. elektrik dimatikan. kami hidup dalam gelap gelita. mujurlah kami ada bekalan makanan dan minuman. mandi? mandi telaga je. Allahurabbi. time tulah, Allah uji segalanya. Allah. sebahagian lagi yang saya tak dapat cerita biarlah ia menjadi memori kami. inilah pengalaman. pengalaman yang takkan dilupakan sampai bila2.

0 Comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Rights Reserved by Azah Rahaman