Cara Deposit Duit Tabung Haji untuk Pihak Ketiga

salam semua


okay azah nak share lagi pasal tabung haji ni. waktu azah ke bandar untuk depositkan duit ke dalam tabung haji macam azah ceritakan di SINI , mak azah ada kirimkan duit untuk check jugak berapa baki terkini yang ada dalam akaun bank tabung haji mak azah. so fikir punya fikir, haih takpelah call je la kan careline tabung haji sebab tak tahu cara nak buat untuk pihak ketiga/ orang lain. nasib baik dapat jugak pertolongan dari careline. terima kasih careline.


mak azah kan dah tak larat, nak pergi ke sana sini cepat lenguh kakinya. so mujur ada alternatif macam mana cara nak masukkan duit ke dalam tabung haji untuk orang lain/ pihak ketiga. lepas dapat perjelasan dari careline TH, mesti lah azah nak share pulak kat orang ramai. supaya masing-masing dapat kebaikan kan. manatau dengan sedikit ilmu ni, pahala azah sentiasa mengalir gitu. hehe.







okay, untuk yang tak tahu macam mana cara nak masukkan duit ke dalam akaun  tabung haji untuk pihak ketiga, macam ni caranya ye. apa yang korang perlukan ialah :



1. borang kebenaran wakil kemaskini buku akaun simpanan TH *refer dengan polis bantuan Tabung Haji 
2. slip deposit duit *refer dengan polis bantuan Tabung Haji 
3. buku akaun tabung haji pihak ketiga
4. duit pihak ketiga
5. kad pengenalan wakil (korang la) 


 senang je kan? okay borang kebenaran wakil kemaskini buku akaun simpanan TH tu korang kena dapatkan TERLEBIH DAHULU sebab tu adalah bukti borang hitam putih di mana dalam borang tu ada perjanjian. borang tu jugak dijadikan saksi bahawa pihak ketiga membenarkan korang untuk masukkan duit dalam akaun dia. macam azah, azah dapat borang ni daripada abang azah. kebetulan dia buku buka akaun tabung haji untuk baby dia, dia ambilkan terus borang wakil ni.




PERINGATAN: hanya KEMASUKAN DUIT dibenarkan oleh pihak ketiga. kalau nak KELUARKAN DUIT, pihak ketiga itu sendiri kena datang ke kaunter tabung haji. kita tidak boleh sewenang-wenangnya keluarkan duit dalam akaun tabung haji orang lain. faham? maksudnya tuan dia just boleh keluarkan wang simpanan dia, orang lain tak boleh tolong keluarkan :)


okay, lepas korang dah ada 5 items tu, macam biasalah step untuk masukkan duit pula


1. pergi ke mesin automatik nombor giliran, touch screenkan pada simpanan (simpanan tunai)
2. isikan slip deposit duit , tandakan PIHAK KETIGA dan NAMA korang dalam ruangan SUMBER SIMPANAN dan sejumlah DUIT yang nak dimasukkan.
3. bila nama korang dah dipanggil, korang pergi je kat kaunter, hulurkan borang kebenaran wakil kemaskini buku akaun simpanan TH, buku akaun pihak ketiga, kad pengenalan korang sebagai wakil.
4. kerani akan key in segala maklumat. statement duit akan diprintkan. siaaaap. yay


begitu je caranya. senang je kan? hehe. moga korang dapat ilmu sedikit sebanyak hari ni ye :D




8 comments:

  1. good sharing sis. cikyan dulu ada akaun tabung haji. tapi sebab dah lma xguna, dah taktau la masih boleh pakai atau tak. sis buat entry ni buat cikyan rasa mcm alaaa, rugi je.. hahhaa

    ReplyDelete
  2. Baru tahu. slalu transfer gn atm je.

    ReplyDelete
  3. @Nur Azian Jaafar haaa kalau dah lama ada. cuba call careline samaada aktif atau tak. kalau aktif, posibility ada BONUS tau. tu untungnya THaji ni. hihi

    ReplyDelete
  4. @Nafisah Musa betul2. selama ni mmg boleh je transfer ngan atm tapi sebab mak nakk tahu jumlah berapa. tu gigih cari cara tu. hihi

    ReplyDelete