Selamat Hari Jadi AzahRahaman!

assalamualaikum.

alhamdulilah alhamdulilah. tepat 1203am, 18 januari 1996, hari khamis selamat anak kecik comel perempuan dilahirkan dari mak dia. syukur alhamdulilah. dapat jua seorang anak perempuan setelah keenam-enam anak berjantina boboy. rezeki Allah. anak comel ini dinamakan Siti Nor Azah bt Abdul Rahaman. comel namanya seindah comel tuannya. ciptaan Allah semuanya indah kan. harini 18 januari 2016, hari isnin genap 20 tahun anak comel ini hidup di bumi khalifah ni. sedar tak sedar, dah 20 tahun dah anak bongsu perempuan manja mengada panas baran ma sorang ni. masa terlalu pantas berjalan. tak puas rasanya bergelar seorang budak. budak yang asyik fikir bermain dan tanpa sedikit pun berfikir apa itu masalah. hahaha.. Allahurabbi

alhamdulilah. thanks mom sebab lahirkan orang dan abang abang. besarkan orang dan abang abang. tanpa jemu bimbing. tanpa jemu menjaga. tanpa jemu bagi duit untuk hidup di univ. Allah. sebaknya. thank you mom bagi susu besarkan kitaorang. pengorbanan ma abah tak akan dapat dibalas. i love you so much ma abah. no one can replace you in my heart. ðŸ˜˜

No comments