Masih Belum Ada Rezeki

Assalamualaikum semua


ni entri orang berkahwin je. sekadar sharing cerita yang berlaku awal bulan. lama peram cerita ni. haha. sebelum konvo lagi sebenarnya. takpelah, sekarang azah dah redha dah. mula-mula berlaku tu, macam sedih jugak la sebenarnya tapi takpe, kita merancang, Allah yang menentukan kan.



azah ni adik P punyalah due sangat tetap. memang setiap bulan akan normal je datang dengan muka tak bersalah. ditakdirkan bulan 4 tu eh kenapa adik P tak datang lagi ni. tanda-tanda pun macam tiada, mengandungkah? haha. hati dah girang sebab sebelum ni tak pernah delay period. confirm period datang punya tapi bulan tu, period tak juga datang datang.



hari kedua sepatutnya due period tapi tak datang juga, so bagitahu husband. "b, adik P tak datang lagi, ke ada isi dalam ni?" "eh yeke, mudahan mudahan dipermudahkan." suami dah senyum senyum dah. hehe. kita pun happy la kan. mudahan ada sebab zuriat lah yang paling ditunggu2 untuk tahun ni. memandangkan stok UPT banyak, so tanya husband, kalau check boleh tak. haha. husband kata check lah. manatau ada rezeki.



so malam nak tidur tu, husband takde ada urusan dengan parti (musim pilihanraya lah katakan). so azah pun amik UPT dan check. dua hari period delay, dan jawapannya ~






malam tu check, jawapannya NEGATIF (-). lama termenung juling-julingkan mata. kot la ada timbul line kedua kan. lama tunggu dalam toilet, memang takde. haha. so takpe, kita tunggu dengan sabar je :D suami balik dari urusannya, suami tanya. dah check ke belum tapi azah cakap tak check lagi, taknak suami kecewa buat kali pertama :( sorry suami sebab tipu. huhu. malam tu tidur dengan perasaan yang sangat mendebarkan.




pagi esoknya bangun seawal pagi, guna UPT mahal brand GUARDIAN. orang cakap kalau nak tengok mengandung atau tak, guna first urine pagi pagi lagi sebabb banyak HCG kan. so bangun je tidur, terus capai UPT masuk dalam toilet. siap je mandi, terpandang resultnya


.
.
.






jawapannya pun NEGATIVE (-) jugak! hari ketiga check pun delay jugak. haha. takpelah, baby malu lagi nak tunjuk kot. punyalah positif kan. setiap kali solat, mesti doa "ya Allah, kalau aku mengandung, sihatkan dan kuatkanlah baby ni ya Allah. kalau aku tak mengandung, turunkanlah aku period, turunkanlah aku period".



lepas daripada check hari ketiga tu. malas dah nak fikir pasal check and period. nak fokus hari konvokesyen pula :D 2 hari azah delay period, azah sebenarnya ada dapat tanda tanda perut macam gerak camtu. ada benjolan camtu. so esoknya, whatsapp kakak ipar tanyakan first sign of pregnancy. kakak ipar suruh hold dulu check, seminggu baru check tapi sebab degil sangat nak tahu, tu terus check tu. hahaha



khamis selepas konvokesyen rabu, masih berada di rumah kakak ipar. kakak ipar tahu kan azah tak period lagi, so dia pun suruh check UPT guna cassette punya. aduhai macam mana pulak nak guna ni. haha. so kakak ipar ajar, ada penyedut dia nanti titis je dekat S tu. kita pun apa lagi, mandi mandi dan terus check, hasilnya

.
.
.
.





pun negatif jugak! hahaha. setelah 6 hari delay period kan. ingatkan ada baby. so takpe, fikir positif balik kelantan nanti check doktor. kita terus scan tengok macam mana. kakak ipar pun ada cakap, mungkin stress kan penyumbang lambat datang period. azah pun macam setuju jugak, sebab seminggu sebelum tarikh period, minggu tu memang minggu yang amat amat amat stress. haha. 




mungkin kat KL dah bahagia tanpa stress kan. jadi, tengahhari tu bermula la rasa tak sedap badan dan akhirnya adik P datang dengan perasaan yang tak bersalah. hihi. azah pun positif jela, azah muda lagi, Allah nak bagi kita honeymoon puas puas dulu kan. yeah! ada banyak lagi bentuk rezeki yang Allah bagi kan. mungkin Allah nak Azah kukuhkan ekonomi dulu. gitewww



orang cakap, lepas sebulan dua period delay, bulan depannya akan lekat. mudahaan ada rezeki bulan 5 ni akan lekat. boleh la beraya dengan baby dalam perut kan. hihi. amin amin amin ya rabbal alamiinnnn :D






20 comments:

  1. takpa sis azah, xda rezeki lagi. ada baik buruknya semua ni. insyaAllah rezeki akan datang.

    shu pun dulu setahun lebih menunggu. banyakkan berdoa. :D

    ReplyDelete
  2. Moga ada rezekinya untuk awak. Insya Allah :)

    ReplyDelete
  3. Semoga ada rezeki nak beraya sambil bawa baby dalam perut hehe ~amiiin ^^

    ReplyDelete
  4. Allahu , zati tahu perasaan azah macam mana. zati pon macam tu jugak , kalau adik P tu tak datang mula la semangat cek upt , tapi bila tengok result tuhan je tahu betapa hampa nya. Tapi kita fikir baik2 je.. mungkin Allah nak kita honeymoon lagi tu hehe.. InsyaAllah , semoga azah dan suami ada rezeki timang baby nanti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi aminnn sis zati. betul2 tu. Allah nak bagi honeymoon lagi. hehe

      Delete
  5. sama situasi kita. selalu menunggu upt positive hehe. sekarang dah redha :)

    ReplyDelete
  6. stress punca lambat datang ataupun dehydration. Takpe azah, nanti sampai la tu rezekinya :D

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan buat Azah sekeluarga...

    ReplyDelete
  8. kin pun ttc macam azah gak. pernah period paling lambat delay 9 hari, masatu dah berbunga-bunga hati ni, tapi muncul juga akhirnya.. sabar ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan. dah berapa kali cycle delay period. perubahan hormon kot :( ada rezeki kita nnt. amin

      Delete
  9. Harap nanti adalah rezeki untuk Azah & husband. Amin

    ReplyDelete
  10. Sabar ya..
    Semoga ada rzki buat sis dan suami...
    Sy pun menunggu dh 3thn4bln...masih belum kunjung tiba..^_^
    Sekarang dh redha,kalau ada cepat,alhamdulillah..kalau lambat tunggu je...perancangan Allah lebih baik kan... ^_^
    Mngkin sbb sy dan suami pjj...huhuhu..:')

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis lagi lama ttc. 3t4b tuu. sabar ye sis. moga ada rezeki kitaa. amin amin ya rabbal alamiinn

      Delete