Morning Sickness
Assalamualaikum semua!
Happy september. sedar tak sedar dah bulan 9 dah kan. lagi sebulan genap setahun dalam alam perkahwinan. haha. baby? alhamdulilah baby dgn ummi sihat walfiat tapi belum buka buka lagi ni. baru scan kantung waktu 4w4d hari tu. hehe.
nanti azah ceritakan pasal scanning tu. harini nak share pengalaman morning sickness awal kehamilan ni. ya ya ya. azah tak terlepas daripada dapat rezeki kena morning sickness ni. syukur alhamdulilah sekarang ni takde muntah muntah cuma ada mual loya, hilang selera makan, demam dan batuk sikit, selesema sikit.
al kisahnya minggu lepas, isnin sampai rabu azah ada kursus pendidikan di IPG kelantan. memandangkan azah guru baru jadi haruslah ada kursus pendidikan ni. haha. so ke kursus la kita minggu lepas. kursus semua tiga hari dua malam. bermalam di sana. letih? memang letih tapi bukan cikgu la tak boleh terima cabaran kann :p
waktu di sana baby ok ok saja. syukur alhamdulilah. makan lalu, memang sihat jelah. bagus babyAH teman ummi kursus ya. hehe. baik je dia. tapi balik je daripada kursus, hari khamis azah dah start kurang selera makan, sakit sakit badan, loya mual, sakit tekak. jumaat sabtu memang tak larat nak ke mana. keluar kejap kejap gitu je. banyak habiskan masa di rumah.
harini hari ahad, selera makan masih hilang. pagi tadi makan nasi kerabu separuh je. tengahhari pula beli lauk gulai ayam. balik sekolah cicah roti dengan gulai ayam. jadi la buat bekal anak. sob sob. sekarang pun masih tak larat. hidung berair sekarang ni, harapnya selesema tak berlanjutan.
esok dan lusa, ada kursus PT3 pula. selamat berkursus la azah yaa. sob sob. harap baby bagi kerjasama dekat ummi tau. amin amin. korang sepanjang pregnant, ada morning sickness tak?
Sabar dan terus bersemangat...jaga diri.
ReplyDeleteSemoga sis sentiasa kuat.. Biasalah tu kan, nak dapat baby :D hihi
ReplyDeleteAnyway, ekin follow blog ni ya. Jemput singgah blog ekin :) | https://asyiqinroslee.blogspot.com/
Jaga diri.. Moga dipermudahkan segala urusan..
ReplyDeleteAlahhhh kesiannya dia.. baby jangan nakal-nakal ye.ples bagi kerjasama. Cian mama dia tu
ReplyDelete