January 9, 2011

Pengorbanan seorang ibu bila anaknya demam campak, versi : sedih




Assalamualaikum..


Terlebih dahulu, mekaseh yang bagi komen dan pendapat dekat entri ini. Tersangat azza hargai, hanya allah sahaja yang mampu membalas jasa budi kalian semua


pagi nie azza nak start post dengan reaksi seorang ibu bila anaknya sakit, semua orang tahu, ibu mana yang tak sayangkan anak kan? ayam pun sayangkan anak dia, bila kita nak masuk sikit kacau dengan anak dia, terus dia macam buka kepak dia tu kan? okay, nie pasal ibu seorang manusia, bukan seekor binatang, okays


semalam dalam pukul 8 hingga 10 macam tu, azza ada siapkan nota sains, yakni bila dapat mc pun kerja sekolah tetap kena buat, takkan tanak buat kot kan, kalau tak buat, haa, terima laa nasib minggu depan, jangan sampai tertinggal bas sudah, okay, dalam lingkungan tu, mama azza setia tunggu azza dekat meja makan, mama tengok ja azza buat kerja, dah nak cakap ngan azza takleh, azza kan sakit tongsil, terus tak keluar suara kan?


bila dah siap nota sains, terus ajak mama tidur, azza akui, bila arwah abah meninggalkan azza dan keluarga, azza start tidur dengan mama, jangan cakap azza anak manja okay, azza boleh je sebenarnya tidur keseorangan tapi yelah kan, disebabkan kesiankan mama, jadi temanlah dia tetiap malam


dalam bilik tu, azza dah start mengaru seluruh badan azza, sakit bukan kepalang, berapa kali mama cakap, jangan laa garu nanti ada tinggalkan parut tapi azza tetap hiraukan, dah terasa sakit sangat kan? last last, mama lumurkan ubat dekat bahagian gatal tu, so far dapat laa tahan sampai pukul satu, bila pukul satu tu, azza dapat rasakan ada tangan yang mengosok badan azza


azza tahu itu mama, azza nak bersuara tapi suara ini tak terkeluar, azza kesian tengok mama, sanggup berjaga malam bila azza sakit. susah untuk azza melakukan benda yang sama bila mama pun turut sakit, hurmm, sedih. semalam, hanya berapa jam sahaja azza dapat terlelap, pukul 3 macam tu tak dapat tidur ag, bangun dan terus mengosok badan semua, sakit, sangat sakit


then dapat laa tidur sekejap, pukul 4 tak tahan, terus kejutkan mama azza, azza tahu mama tersangat penat, namun apakan daya, azza perlahan lahan mengoncangkan tangan mama, dalam 3 minit lakukan benda itu, mama tersedar, buka lampu bilik dan mama sarankan azza mandi, azza pasrah. terus amik towel dan mandi. bila azza masuk bilik mandi, azza ternampak kesan darah, sah, itu gigitan nyamuk, siapa lagi yang nak halau nyamuk tu kalau bukan mama? air mata azza tak tertahan, inginkan menangis di pagi yang hening itu juga


selepas itu, lena lah azza, sampai pukul 6 stgh, azza ternampak mama sembahyang subuh di tepi azza, sedih tengok mama, menguap beberapi kali, mesti tak cukup tidur semalam, azza bangun dan buka pintu utama, tengok rakan rakan azza ke sekolah, air mata azza ingin jatuh namun azza tahan, mama paham, azza ingin ke sekolah, kalau tak kerana berjangkit sudah tentu azza ingin ke sekolah, bersama rakan rakan, guru guru, kawan baik dan kelas yang tercinta bersama harungi pahit getir kehidupan, susah senang dianggap bersama


hiba hati ini, terus berjalan ke dalam bilik pc dan start mengarang artikel bagi ini, boleh azza ke sekolah sekarang? azza nak juga belajar, hurm, mama, maafkan adik, adik sayangkan mama, terima kasih kerna sanggup berjaga malam demi kesihatan adik, kasih mama, pengorbanan, insyallah akan adik balas, insyallah mama, terima kasih untuk segala galanya, tanpa mama, tidak wujudlah manusia yang selalu sakitkan hati mama, ampunkan adik ma.



Salam rindu,

16 Comment:

U In My Heart Dear said...

bwe byk bsbr azza.. pe y blaku nie psti ad hikmah.. azza jgn cpt pts ase.. azza bdOe Allah S.W.T.. n jgn ptus2 4 bdOe ye azza.. kuatkan semangat.. chaiyOk azza.. i-allah azza akn g sek.. Allah sdg aturkan perkara y lbh baik dr sblm nie.. emmmm.... sbr ye azza..

Azwazee Mohd Daim said...

kasih ibu membawa ke syurga azza..semoga cepat sembuh..n jgn garu coz akan tgglkan parut ye..
btw..tdo ngan mak pon sy slalu buat..;)

good_boy said...

huhu..semoga cepat sembuh ye cik azza..

fea said...

hemm....sedehnyer....hemph..nak nangis dah ni

Putree Nasuha said...

dah meleleh dah air mata niiii :'(

Aj said...

sabar... sabar

Azza Firza said...

@U In My Heart Dear


thanks, ya, ada hikmahnya (': insyallah allah bagi masa lagi untuk azza bernafas di aats dunia ini (:

Azza Firza said...

@Azwazee Mohd Daim

hehe, ya, thanks ea (:

Azza Firza said...

@good_boy

thankss

Azza Firza said...

@fea

eh eh, jangan nangis, cerita je kan, hehe

Azza Firza said...

@Putree Nasuha

alololo, kesian adik akk sorg nie, hehe

Azza Firza said...

@Aj

thanks (;

armouris said...

lagi info tentang demam campak di SIHAT SELALU - Demam Campak Berjangkit

nina ibunga said...

ok.dah menangis skrg! :(

Ohh Azza said...

senyum :')

Ohh Azza said...

thanks for info ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Rights Reserved by Azah Rahaman