Surat Untuk Arwah Abah.


Abah.


Azza rindu abah, sngguh rindu sangat, terasa sunyi bila tiada abah di sisi, kehilangan nenek, datuk dan abah sudah azza rasai, bila azza dapat jumpa abah lagi? Selepas azza kehilangan abah, azza dapat rasakan yang azza kehilangan sesuatu yang tersangat besarrrrr dan berharga, niat dihati terlalu inginkan belaian dan kasih sayang yang abah curahkan.


Azza mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika kehadiran azza ke atas muka bumi nie, azza banyak sakitkan hati abah, azza tak bermaksud untuk melakukan itu, kanak kanak, biasalah, dia takkan dapat pernah lari dari segala kenakalan.


Azza terlalu sayangkan abah, sayang sesangat, siapa tak sayang ayah kandungnya sendiri kan? azza pun tahu, abah sayangkan azza, di sebalik kegarangan abah, abah tetap setia mandikan azza ketika kecil dulu, abah sanggup kerja seharian demi membesarkan azza dan adik beradik yang lain, abah tabah menjaga kami adik beradik, abah cuba buat yang terbaik untuk azza, kalau azza demam, abah setia tunggu azza dekat wad, azza tau itu abah, abah tak pernah kenal erti kesusahan dan kepenatan demi azza dan adik beradik kan?


Abah.


Semalam bagaikan baru sahaja azza kehilangan abah, hati azza tidak akan pernah lekang untuk azza melupakan abah, sesungguhnya azza terlalu rindukan abah, bukan mudah untuk azza melupakan saat saat azza akan kehilangan abah, bukan senang bah, saat itu akan azza ingati sepanjang azza hidup di atas muka bumi ini.


Di saat azza diumumkan mendapat 5a pada dua tahun yang lalu, azza tak menunjukkan kegembiraan dalaman malah azza berdoa agar abah dapat hadir walaupun jasad abah tidak kelihatan, azza nak abah hadir dalam hati azza, lihatlah kejayaan anakmu ini abah, azza dah dapat capai impian abah, abah nak sangat tengok azza dapat 5a kan? sekarang, azza dah berjaya dapat 5a, usaha yang seterusnya, azza nak banggakan abah, mama dan adik beradik dengan kejayaan azza mendapat 8a dalam pmr kelak, insyallah, azza akan sentiasa ingat abah dalam ingatan azza. azza teringin nak peluk abah. azza teringin nak cium abah dan azza teringin nak berbakti pada abah. azza nak balas segala pengorbanan abah.

azza sayang abah (: semoga roh abah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. al fatihah :')

p/s : lumpuh, sakit dan macam mana pun keadaan dia, dia tetap ayah kita, miskin hina tak semestinya dia bukan ayah kita, buruk mana pun kelakuan ayah, dia tetap ketua keluarga besar kita, hargailah setiap detik bersama dengan dia, hargai pengorbanan ayah dan jasa beliau ketika berada di atas dunia, jangan menyesal atas kehilangan orang yang bergelar ayah, di sebalik kegarangan, tetap terserlah kasih sayangnya. hargailah ayah anda.

12 comments:

  1. azza...awk kne kuat ok....stiap yg hdup psti akn mti..cheer up dea..

    ReplyDelete
  2. dear,, be tough yaa...

    semoga arwah abah ditempatkan dikalangan orang yang beriman...insyaAllah...

    ReplyDelete
  3. be strong ! arwah org trsyg xmo tgk azza sedih :)

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Azza, sy pon da kehilangan abah. Walau da 2 tahun berlalu.. Sedih.. pilu... merane... macam2 pasan yang ade... :(

    Muge abah akak dan abah azza dimasukkan dalam golongan mereka yang beriman...

    ReplyDelete
  5. @penjejak.mimpi

    saya dah 4 tahun, insyallah, sesama laa kita doakan mereka ea (:

    ReplyDelete