6 Tahun Dulu, Azah Mengiringi Jenazah Ayah

Assalamualaikum.



kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya. walaupun hanya 10 tahun azah dapat merasai kasih sayang seorang ayah namun azah tetap bersyukur kerana sempat merasai kasih sayang itu :') walaupun perit, terpaksa juga azah telan. walupun sakit terpaksa juga azah tahan, walaupun susah, terpaksa juga azah terima.


 6 tahun yang lalu, 2006. azah iring jenazah ke kubur. pagi itu pagi isnin. perjalanan ke sekolah terbantut. azah terkedu. azah yatim pada hari itu. air mata tak berhenti mengalir, dalam hati azah meraung minta diampun. terlalu banyak dosa yang azah telah lakukan pada arwah. malam sebelum arwah meninggal, dia memeluk azah. azah dapat merasakan hangat darahnya yang mengalir. azah terlena dalam pelukan arwah. 


paginya, sewaktu mama mengambil air sembahyang, abah meraung kesakitan di bahagian kaki, seterusnya di bahagian perut. arwah menyarankan azah untuk pergi ke rumah mak saudara azah. masakan pagi azah hendak ke sana. azah menolak lmbut permintaan arwah. tiba-tiba abah berpesan, " jagalah ma, dan jangan pernah tumpahkan air matanya, abah sayang anak-anak abah". mama hampir dan membisikkan kalimah mengucap. abah ikut segala ayat mama. inalilahwainailahirajiun. air mata azah mengalir, abah, betul kah abah dah pergi?


 suram pagi itu. tetamu mula hadir bila arwah abah di angkat keluar ruang tetamu. beribu ucapan takziah kami terima. mama lemah longlai. azah diam terkedu sambil memeluk arwah ibu angkat azah :') ya Allah, permudahkanlah urusan ayahku.


 azah sempat memandikan jenazah abah. itulah penghargaan terakhir yang azah berikan pada abah. arwah dikebumikan pukul 11 pagi. abang-abang azah sempat mungucup arwah abah buat kali yang terakhir. azah berjalan kaki mengiringi arwah abah ke tanah perkuburan. abah, ampunkan azah. selepas bacaan talkin, kami meninggalkan arwah abah di "sana". tenanglah abah, terima kasih segalanya. azah sayang abah.


 esoknya, azah ke sekolah dan mulakan hidup yang baru tanpa seorang ayah, hari yang ketujuh di mana hari yang terakhir majlis tahlil arwah diadakan, petang isnin azah melihat roh abah di rumah. abah tersenyum bangga terhadap azah :') azah membalas senyuman itu.

selangkah azah ke hadapan, selangkah abah ke belakang. selangkah azah ke hadapan, selangkah abah ke belakang. saat itu, azah mahu memeluk abah! azah menangis bersendirian. mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu :')


 cukuplah sampai di sini azah mencoretkan kisah ini. air mata azah tak berhenti mengalir bila terkenangkan arwah abah. semoga arwah abah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. amin :')


kasih sayang yang diperoleh oleh ayah tiri takkan pernah sama dengan kasih sayang yang diperoleh oleh ayah kandung :')

4 comments:

  1. nangis my baca entry ni huhu
    nak lagi sekarang ni ayah my berada kt kedah..
    tengah bercuti..
    rasa mcm tak sempurna hidup bila berjauhan dengan mak ayah..
    takziah azza..
    harap azza kuatkan hati dan ikut pesanan arwah ayah azza..

    al-fatihah buat arwah..

    ReplyDelete