Zauj Guru Matematik Tambahan ?

"Semua bangun! Assalamualaikum cikgu." bicara kuat ketua kelas yang telah kami lantik 8 bulan yang lalu. Pelajar tingkatan 5 sains berdiri tegak sambil mengucapkan salam kepada guru matematik tambahan mereka. "waalaikumusalam, baiklah duduk" ucap pendek cikgu berkaca mata itu. "Keluarkan kerja sekolah yang saya berikan tempoh hari" sambungnya lagi.


Aku tergamam. Ke manakah buku aku tadi? Aku membelek-belek beg yang berisi dengan buku pelajaran. "Mira, mana buku latihan aku aa?" "Ya, Azza! Mana buku awak?" Sampuk guru 23 tahun itu. Aku membelek lagi. "Kalau takda buku berdiri di luar cepat!" Ucapnya tegas.



Aku bangun dan melangkah keluar. Berdiri di luar kelas untuk dua masa yakni 90 minit. Loceng ketiga dibunyikan menandakan masa guru matematik tambahan sudah tamat. Guru melalui aku sambil tersenyum. "Jumpa abang dalam pejabat"


Aku mengikuti guru matematik tambahan "kesayangan" aku itu. Sampai di biliknya, aku dibenarkan duduk. "kenapa tak bawa buku abang? Bukankah semalam sayang dah salin jadual betul-betul? Lain kali jangan buat macam ni lagi, tu baru abang suruh berdiri di luar, kalau abang suruh sayang lari sekeliling padang macam mana? Abang marah sebab abang sayang. Sayang tu dah nak SPM, nak gagal add math ke?"


Dia datang dekat denganku. Memegang lembut bahuku. "Nasib baik dengan abang sendiri, boleh ajar sayang waktu di rumah, kalau dengan orang lain, sanggup ajar sayang dekat rumah? Jangan buat macam ni lagi ya, abang tahu sayang tak sengaja, lagi pula ni pertama kali sayang tak bawa buku abang" aku berdiri lantas memeluk suamiku itu seraya berjanji "sayang takkan cuai lagi abang, sayang minta maaf"


Azza terbangun dari lamunan tidur. Mimpi rupanya. Azan subuh sudah kedengaran. Bangun, mandi dan siapkan diri untuk solat. Dalam doa, sekali lagi azza terbayang mimpi itu. Wajah itu tidak dapat Azza kenali cuma iras iras muka sahaja azza dapat cam. Moga ada petunjuk di sebalik mimpi itu. Aamiiin Ya Rabb.


19 comments:

  1. Hehehe ingatkan kisah betul rupanya mimpi hehe

    ReplyDelete
  2. mimpi dicerita susah jadi nyata,sory,just walk n comment
    http://belogisam.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. nevermind la :D saja mengolah dalam blog ^^ takdir Allah tak siapa yang tahu. mungkin ada hikmah tersendiri di sebalik cerita. think positive :)

      Delete
  3. Best lah kalau mimpi jadi kenyataan. Bahagia lah zaman sekolah. Mesti Addmath jadi favourite subject hewhewhew

    ReplyDelete
  4. wah!!!
    so sweet..
    semoga ia menjadi realiti..
    amin..
    lol

    salam ukhwah!
    #teamkhemah

    http://nurainishahroni.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Great article. Thank you to tell us more useful information. I am looking forward to reading more of your articles in the future.

    ReplyDelete
  6. susah nak terjadi realiti. budak sekolah bersuami cgu.hihihi... kawin bawah umur laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. setujuuu. hihi. kalau dah form6 mungkin ada kan

      Delete