Berhijrah? Bukan Mudah!

Assalamualaikum.


Petang ini azah mahu menceritakan penghijrahan azah. Dahulu, azah bangga untuk menjadi playgirl. Dahulu, azah bangga untuk memiliki kawan-kawan lelaki. Dahulu, azah bangga azah sentiasa dihimpit oleh bodyguard memandangkan azah dianggap seorang bos dan ketua dalam sesuatu kumpulan. Azah bangga akan semua tu. Solat pula hanya sekali sekala. Itu pun hanyalah waktu rajin dan dipaksa oleh mama. Bab aurat chill ah beb, lambat lagi nak mati. Syurga neraka apa da hal. Lambat lagi nak kiamat. Kerana azah berkawan, azah leka dengan duniawi. Bagi azah, tanpa couple, hidup tidak lengkap. Kuno kalau tak couple.

TETAPI ITU DULU. 4 TAHUN YANG DULU.

Umur azah setahun hingga 12 tahun, azah masih senang dilentur tetapi bila umur azah berganjak 13 tahun, hidup azah mulai berubah dan rosak. Rosak iman, rosak akhlak. Salah satunya faktor daripada rakan SEBAYA. Ya, disebabkan mereka azah begini. Azah silap dalam pemilihan kawan. Azah buta dalam pemilihan kawan yang baik, kawan yang sejati. Azah hanya nampak BURUK di mata sahabat-sahabat yang baik dan yang sejati. Azah silap. Allahuakbar!


 Azah mula berhijrah pada tarikh 9/8/2012. Azah terlalu banyak melakukan dosa. Ya Rabb. Bila difikirkan balik, azah teringin untuk balik ke dunia dahulu. Petang 8/8, yakni waktu berbuka puasa, azah dikejutkan dengan kemalangan abang azah yang boleh kira tahan rapatnya. Lidah azah kelu. Air mata tidak berhenti mengalir. Mungkin Allah nak berikan azah petunjuk. Azah menangis dalam solat. huhu sedihnya..


 Hari-hari seterusnya, azah menjalani kehidupan yang indah. Tanpa seorang lelaki yang bukan mahram di sisi. Pagi 9/8, azah memohon keputusan untuk putuskan hubungan yang tidak akan berkesudahan. Selepas dia, tiada siapa yang akan singgah di hati. Pintu hati azah hanya terbuka untuk suami azah suatu hari kelak, insyallah. Hidup azah selepas penghijrahan, azah bebas tanpa pujuk rayu lelaki, nak solat sentiasa. nak jaga perhubungan dengan lelaki dan yang penting, tutup aurat! 


Dalam penghijrahan sekarang, azah diuji dengan banyak perkara. Dan alhamdulilah, azah boleh mengatasi atas segala ujian dan dugaan itu. Allah itu Maha Mengasihani. Allah tidak akan memberikan ujian dan dugaan kepada umat-umatnya yang umat-umatnya tidak dapat mengatasi ujian dan dugaan itu. Salah satu dugaan itu, azah dipinggirkan dengan kawan-kawan lama azah. Bagi azah, biarkanlah mereka kerana azah tahu Allah itu Maha Adil. Alhamdulilah, selepas azah berpegang teguh dengan ayat itu, azah dibanjiri dengan sahabat-sahabat yang ramai. Team azah digelar #Teamhijrah. Azah bangga menjadi salah seorang ahli daripada team hijrah.

Dalam group team hijrah, azah ada abi. Azah ada ummi. Azah ada akhi. Azah ada ukhti. Ukhwah fillah abadan abada. Terima kasih team hijrah kerana menyempurnakan hidup azah. Semoga ukhwah kita akan kekal hingga ke Jannah Allah. Insyallah. Uhibbukum fillah ♥


Bercerita tentang team hijrah. Team hijrah merupakan salah satu team yang berada di twitter dan facebook. Boleh search dan boleh mengikut serta sekali. Cari di carian #TeamHijrah. Alhamdulilah, sehingga saat ini, apa yang azah harapkan, azah berterusan istiqamah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang wanita solehah  dan azah cuba untuk menjadi wanita solehah, ciri wanita yang mendambakan syurga Allah. Amin Ya Rabbal Alaamiin.

12 comments:

  1. follow sini.. jom follow afiq juga

    ReplyDelete
  2. tahniah adik dengn penghijarahan tu.. alhmdulilah.. Allah itu maha pengampun. bukak buku baru. harp jiwa adik lebih tenteram.. Semoga adik dibawah lindungnNya.. :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Follow mine@ myhabibysuperb.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. hai..azza..sy da follow awk..jom follow saye...:))

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...adik dh sedar akn kslpn yg dilkukan...smga tetap istiqamah..

    ReplyDelete