Sekali Lafaz, Sah Bergelar Isteri

lama tak bersiaran. entahkan ingat entahlah lupa dekat saya ni. hehe. ada yang ingat ke? hai hai :) lama sangat saya tak aktif. di akhir semester, saya sibuk dengan latihan idustri atau latihan praktikal. lepas tu, saya tamat belajar. lepas tamat belajar, alhamdulilah saya dapat kerja sebagai kerani walaupun sebulan sahaja. dan sekarang, alhamdulilah saya dah jadi seorang isteri. cepatnya masa berlalu. hehe. in shaa Allah nanti kalau ada masa, saya akan rewind detik manis sepanjang tahun ni. banyak yang nak cerita tapi masa selalu mengatasi segalanya. andai tiada pembaca, takpelah. cukuplah sekadar pembacaan anak-anak kelak. hehe.

 syukur alhamdulilah dengan sekali lafaz, saya sah bergelar isterinya. saya dan suami, Hadi Rahman mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya kepada family dan family mertua dalam menjayakan ketiga-tiga majlis ini. hanya Allah taala sahaja yang mampu membalas jasa, budi baik kalian. allahumma aamiin. :)

 doakan moga moga hubungan cinta kami berkesempaian hingga hujung nyawa serta dapat lahirkan keluarga yang sakinah mawaddah warahmah. saya dan suami mohon maaf andai ada kurang dan lebihnya dalam majlis. terima kasih buat saudara dan sahabat sahabat terutamanya #teamkpmim yang sudi hadir dari jauh. in shaaAllah kita akan berjumpa lagi di lain hari ye :D





No comments