Day 1 — Your favorite song

Salam semua


ini entri tertangguh selepas bertahun lamanya. haha. post 30 things 30 days ni azah jumpa dalam linkwithin dekat bawah. so alang2 kalau tak ingat post dalam masa sehari, sekurangnya ada backup post kan :D






so lets check it out, day 1 - my favourite song. kalau nak ikutkan lagu favourite ni banyak. hahaa. sebab azah kan usia dah angka 2. lol :P so lagu2 lama ni memang minat le. lagu lagu jiwang tahun 90an dulu. bukan nak cakap lagu sekarang kualiti tak elok, tapi entah la. azah lebih "in" dengan lagu-lagu lama yang bergenrekan nasyid dan lagu jiwang. ecececeh.


Antara lagu yang azah minat

Genre Nasyid 
ainul mardhiah
ya rasulullah
keluarga bahagia
sahabat sejati

Genre Jiwang 
mengintai dari tirai kamar - Exist
rahsia pohon cemara - Exists
bila cinta didusta
ku relakan dikau pergi - Okay


eh kalau nak listkan memang banyak laa. seriously i tell you! hahah :D sebab azah ni nak cakap kaki karaoke tu bukan tapi kalau dalam kereta keluar je lagu2 lama, azah dengan lagu tu sama-sama naik tau! hehehe. in fact waktu azah bergaduh setahun lebih dengan hadi time bujang haritu pun, melayan je la lagu lagu jiwang ni mengenangkan nasib pelamin anganku musnah kan! hahaha. nasib sekarang dah kahwin dengan hadi. hikhik


so, korang. korang minat lagu apa? jom kongsi2 :D bagi yang kekurangan idea nak update apa, korang boleh juga join challenge azah ni. sekurangnya blog korang sentiasa update. boleh juga tingkatkan pageviews dan unique visitors kan.







20 comments:

  1. cikyan suka lagu nasyid..

    semua lagu pun best.

    tapi lagu yg mmg cikyan selalu dgr adalah :

    puteriku sayang -mestica
    atas nama cinta - unic
    insan bernama kekasih- unic
    tika dinihari- devootees
    menanti di barzakh-far east
    inspirasi hati- de hearthy
    ku damba redhaMU- Devotees
    isteri cerdik solehah- saff one
    laya keinsafan -mestica

    fuhh banyak kalo nak list semua..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhhhhhh. kaki musik jugak eh zikyan. cayalahh :D

      Delete
  2. Wahh Hana nak join challenge kak Azah! Heee =D btw Hana minat lagu2 High-5!! ^^ kalau lagu nasyid Hana minat semua lagu2 kumpulan UNIC... lagu2 jiwang tu layan jugaklah kalau best melodi dia hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn. kalau melodi jiwang akak pun layan jeee. haha

      Delete
  3. kalau kak aida.. kak aida banyak mix. hahaha hmm kak aida suka lagu english..amek language kan, kena asah. hehehe lagi.. sebab kak aida layan kdrama dengan anime.. kak aida layan jugak ost cerita-cerita tu.. adelah jugak mix kpop, jpop sikit dan jugak lagu-lagu melayu jiwang.. Haaaa i have lots of mix.. XP

    ReplyDelete
  4. kalau kaella semua lagu baru boleh minat, tapi skjp je lepastu dah tak minat dah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo. layan jugak eh lagu baru? azah tak layan mane :P hehe

      Delete
  5. Hehehe dulu layan jiwang, sekarang suka lagu Taylor Swift :P

    ReplyDelete
  6. ainul mardhiah tu lagu dia evergreen sangat.one of my fav jugak. hehehe

    ReplyDelete