Tips Pemakanan Untuk Hamil
salam semua.
harini genap la kami berkahwin 4 bulan :) anak? tipulah kalau taknak. apa orang cakap semua kita buat, apa orang suruh, semua kita buat. haha. awal memang awal lagi kahwin tapi dah kami teringin sangat nak baby kan :P apa apa pun, kite merancang Allah yang menentukan segalanya. kena ingat tu. kalau Allah belum kata ye, jadi tiada apa pun yang akan terjadi.
saja nak bercerita. dua minggu lepas ada berjalan ke rumah saudara. hmm. dulu waktu kahwin, sepupu suami pun kahwin pada hari yang sama juga. jadi majlis kami diadakan serentak. nak dijadikan rezeki, cousin azah bunting pelamin dan azah masih kosong. mungkin bagi saudara azah dia bergurau tapi bagi azah, gurauan dia tu tak kena tempat. dia cakap azah ni makin berisi, dah ada isi ke. azah cakap la benda betul. belum ada. takkan nak tipu kan. so dia pun cakap
"******** kahwin sama hari dengan awak, dia dulu pregnant, hebat dia lah, awak tak hebat lagi"
perghhh sentap noks! hebat tak hebat jangan laa pertikaikan. semuakan Allah yang tentukan :(
azah: Allah bagi rezeki awal dekat dia, siapa kita nak mempersoalkan. dah sama-sama berkahwin, rezeki dia baby awal. rezeki kita tak sampai lagi, nak wat macam mana.
sudah-sudah la tu membandingkan. anak ni bukan harini proses esok dah terus ada. tak payah nak berlagak saya kahwin seminggu dah mengandung. tak payah. semuanya rezeki Allah tetapkan. please la, jangan cerita/bertanya pasal anak lebih-lebih lagi untuk pasangan yang NAK ANAK SANGAT. please la. macam mana nak mengandung kalau stress. please. kahwin dulu baru rasa bukan senang nak anak seorang tu. ada rezeki awal, ada la. kalau takde rezeki lagi, nak buat macam mana? get my point?
so setakat 4 bulan dalam usaha nak pregnant ni, azah ada ikhtiarkan :
1. susu kambing original
2. hi goat susu kambing serbuk
3. lazz susu kurma
4. asid folic
5. jus delima NAR EKSISI
1. SUSU KAMBING ORIGINAL
susu ni senang je dapat sebab rumah azah dekat dengan pengedar susu kambing original. syukur. kalau ada duit lebih, boleh la beli banyak sikit. sedap susu ni :D azah minum macam tu je kekadang. ihiks. susu kambing ni azah start makan bulan 1 on off
2. HI GOAT SUSU KAMBING
HI goat susu kambing ni azah start makan awal bulan 1. setiap pagi minum satu sachet. dalam tu ada pek 25 pcs je. lepas habis, azah try lazz susu kurma pula
3. LAZZ SUSU KURMA
rasanya sedap! azah consume setiap pagi atau sekali ingat. hahaa
4. ASID FOLIC
yang ni azah makan satu biji sehari start 5/12/2017. haa gigih ingat. haha. tablet kecik je so senang nak telan :) dah jadi rutin dah makan asid folic ni. kalau tak makan tak sah. hahaha. bestnya asid folik ni, bulan pertama azah makan waktu nak period tu, tiga hari awal berketul ketul darah hitam keluar. lega sungguh rasanya! best laa. dia betulkan balik hormon kita. azah period memang regular every month cuma risau la kot darah tak habis kan. ni selepas azah consume asid folic, darah smooth je keluar :)
5. JUS DELIMA NAR EKSISI
azah start consume jus ni pertengahan bulan satu. azah makan waktu malam sahaja sebelum tidur. satu sudu plastik jus delima dicampurkan dengan air suam. sedap. rasa masam masam manis. hiks
so, kesimpulannya dalam masa sebulan dua ni azah amalkan :
pagi minum susu kambing
tengahhari atau petang makan asid folic
malam makan jus delima
mudahan ada rezeki selepas ni. aamiin ya rabbal alamiin. azah doakan mora korang yang TTC pun ada rezeki ye :D aamiin.
semoga dikurniakan anak soleh dan solehah..
ReplyDeleteJemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. Dr Amalina Bakri Dedah 4 'Rahsia' Mudah Untuk Fasih Berbahasa Inggeris
aamiin aamiin. terima kasih atas doanya
DeletePedulikan mulut mak cik bawang tu. Enjoy masa berdua ni. Kalau lekat awal pun alhamdulillah. Pantang larang bagi orang perempuan yang nak mengandung ni adalah kafein. Jaga pemakanan dan kesihatan. Tak mo stress-stress..hehe
ReplyDeletetq sis share tips! betul sis. elakkan dari dgar makcik pakcik bawang. haha
DeleteAmeennnnn
ReplyDeleteaameen ya rabbal alamiin :D
Deletenice sharing
ReplyDeletetq khai
DeleteMai nak ikhtiar makan semua ni dari sekarang la...Cepat atau lambat rezeki Allah siapa kita nak pertikaikan kan. Sedih dn orang yang tak sensitif pasal hati orang ni.
ReplyDeletebetul2 tu sis mai. yup elok amalkan dari sekarang tau
Deletesemoga cepat2 dapat baby cecomel!!! ^^
ReplyDeletehikss. aamiin. tq dear
DeleteBiasalah tu azah.. manusia takkan pernah puas dan suka bandingkan... azah stay strong yee.. doa banyak2.. in shaa Allah selalu great thing takes time.. mungkin Allah nak kurniakan anak yang soleh solehah untuk korang berdua.. semua pasti ada hikmahNya.. ^^
ReplyDeletein shaa Allah kak aida. terima kasih atas doanya. yup betul tu. ada hikmah yang terselit. nanti ada la tu kan. sabo jelah. hihi
DeleteTipsnya, usaha, doa dan tawakal. Jangan stress. Anak adalah anugerah Allah. Allah yang lebih tahu perancangannya untuk kita.... teman doakan segala yang terbaik untuk awak...
ReplyDeletebetul tuu. Allah punya perancangan adalah yang terbaik kan, terima kasih atas doanya ye
DeleteTeruskan Usaha insya Allah Akan Ada hasilnya
ReplyDeletein shaa Allah. tq mama
Deletesy x suka org buat perbandingan mcm tu dia igt ank tu mcm bli kt psr mlm ke? ckp mcm xde iman..
ReplyDeletesabar azah... rezeki kite ttp ada lmbt cpt yg pntg kite reda
betul tu. takpelah dah lepas pun. hihi. yup rezeki ada kan. cepat atau lambat je
DeleteSabar ye. Pedulikan mulut-mulut orang tu. Semoga usaha ini berhasil ye. Aamiin
ReplyDeleteaamiin. tq atas doanya ciktie
DeletePenungguan adalah tempoh persediaan untuk melengkapkan diri dengan sesuatu yang Allah nak kita pelajari ��
ReplyDeletebetul. nice quotes! kena lengkapkan diri, in shaa Allah ada ganjaran hebat dariNya kan
DeleteMakcik bawang mmg la begitu azah. Sabar jela. Mereka xpnah puas sbnrnya. Sama la mcm cikyan pon, tak kawin lg walau umur dah 28. Org ckp jugak. Pdahal kita mne la blh nk lawan takdir. Jodoh ajal dan rezeki tu kan Allah dah tentukan. Kita xde kuasa nk pertikaikan. Tunggu aje la kan slain usaha.
ReplyDeleteAntara usaha lain yg blh diikhtiarkan : banyakkan sedekah dan bniat smoga Allah murahkn rezeki utk dpt anak. Buat dgn penuh keyakinan bahawa Allah adalah pemberi rezeki. Doa byk2. Nk suruh amik anak angkat ramai yg kata tak berapa best amik anak angkat sbb byk prosesur.
tula kan. kita diam, diam la jugak makcik bawang ni. apa apa pun yakin pasti suatu hari nanti Allah akan berikan. Allah tahu keupayaan kita setakat mana kan. cikyan jua, moga cepat bertemu jodoh. tq atas sharing cikyan
DeleteSama la sy kwin bln 17/3/18 masih belum ada.. Raya haritu balik kampung orang duk tanya.. Kite snyum snyum je moga ada rezeki kita azah
ReplyDeletekan. takpe. mudahan ada rezeki kita pulak. sabar yaa :)
DeleteAssalamualaikum azah.. Sy fhm perasaan awk.. Sbb sy pn Alami perkara yg sama.. Bln ni genap 6 bulan perkahwinan sy.. Dan hr raya yg lepas sy byk menitis Air mata sbb ramai sedara mara compare kn dgn spupu2 yg kawen yg lg bru dr sy tp da berisi.. Stress mmg stress tp doa je la yg mampu.. Sy pn amalkan apa yg awk amalkan skg.. Tiap pagi dan sblum tido minum pati delima suami isteri, sblum g keje minum susu kambing lazz suami isteri, mkn folic acid Appeton dan msih berusaha hingga skg.. Moga ada berita baik utk awk dan sy yaaa
ReplyDeletesama la kita sis. masih berusaha. in shaa Allah lepas ni nak try kaedah BBT pulak. yg guna temprature amik suhu every morning. harapp ada rezeki kita semua sis. amin ya rabbal aamiin
Delete