Hukum Meninggalkan Solat Jumaat - Pejabat Mufti Wilayah

Salam sayyidul ayyam semuanyaa! memandangkan harini hari jumaat, so azah nak share hukum meninggalkan solat jumaat. jawapan disediakan daripada pejabat mufti wilayah persekutuan, berdasarkan rujukan : soalan 180





Soalan:
Asssalamualaikum wbt,
Saya ada soalan. Kalau seorang lelaki dewasa dengan sengaja meninggalkan solat Jumaat ( sekali sekala ) tetapi diganti dgn solat zohor, apa hukumnya?
Terima kasih. 

Jawapan

Waalaikumussalam wbt,
Hukum meninggalkan solat Jumaat adalah haram jika tanpa uzur syarie kerana hukum menunanaikannya ialah fardu ain, melainkan kepada perempuan dan kanak-kanak. Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Surah al-Jumu`ah, 62:9)

Wallahua`lam.




Allahu Allah. dah dah kaum muslimin boleh dah tutup laptop, tinggalkan kerja sebentar dan penuhi jemaah di masjid ya.




12 comments:

  1. Haram!

    Huhu tapi itulah kan kadang musykil tengok para lelaki berkeliaran lagi waktu solat Jumaat. Musafir mungkin (?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan. geram je waktu solat jumaat ni ramai je diaorang berkeliaran

      Delete
  2. pernah baca jugak pasal ni. sha minta izin share ye

    ReplyDelete
  3. Thank you for the nice sharing kak Azah!! ^^

    ReplyDelete
  4. Anti tengok lelaki yang malas nak pi solat Jumaat ni. Kalau adik beradik lambat pi solat Jumaat, terus tanya kuat2 'tak pi solat Jumaat ke?'. Kasi malu sikit :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn. hahaa. biarnyaa maluu. adeee ke solat jumaat xnak p. hish

      Delete
  5. terima kasih di atas ilmu bermanfaat..

    ReplyDelete