Pengalaman Sebagai Kerani Mengundi/Kerani Mengira Undi

assalamualaikum semuaaa.


yaa cerita 3 bulan yang lepas. haha. almaklumlah. idea tu banyak tapii bila sampai masa malas yang amat, memang terbengkalai la blog ni. banyak la sawang sawang yang menapak dalam blog ni ya. 



alhamdulilah. by the way, harini nak story pasal pengalaman sebagai kerani mengundi dan kerani mengira undi. basically, kerani mengundi ni ada 4 orang semuanya. 

  • kerani mengundi 1 akan bacakan nama, check ic dan gariskan penama yang dah mengundi. 
  • kerani mengundi 2 pula akan celupkan tangan pengundi ke dalam botol ink
  • kerani mengundi 3 akan asingkan kertas undian dan lipat menjadi 2.
  • kerani mengundi 4 akan berdiri standby jika2 kertas undian tak masuk dengan betul dalam kotak yang telah disediakan.


bunyinya macam senang je kan? ye senang sebab awak semua tak hadapi. ahhaha. eh gurau je. kerani mengundi ni takla complicated sangat berbanding dengan ketua kerani mengundi. KKM ni lagi banyak kerjanya. isi borang itu ini. laporkan setiap jam dan lain-2 kerja. 


pengalaman azah? ahaha. letihhhh tau jadi kerani ni. seawal pagi lagi kena menghadap pusat mengundi. pukul 7 pagi ke sana, 8 malam baru balik. 12 jammmm kooO! jadi cikgu pun tak letih macamni. haha. tapi dengan upah sebanyak rm360 sehari tu rasanya next 5 tahun nak jadi lagi la KM/KMU ni. haha. best tu best tapi letih sikit la :D



pukul 8 pagi pintu dibuka, pukul 730 lagi ramai dah orang ramai menunggu di luar. beratur je. walaupun bawah sinaran matahari, tak berganjak orang menunggu. kebiasaannya, warga emas kami dahulukan. azah bertugas di saluran kedua. normally geng3 30 an ke atas sampai 50an. jadi yang mana warga emas, pihak polis yang bertugas akan dahulukan. best la jadi kerani ni. korang sendiri kena rasa macam mana sukarnya ia :D



bab makan jangan risau sebab korang akan dapat 3x makan. haha. makan pagi, tengahhari dan petang. memang perut kenyang lah. bab nak solat pula, boleh gilir gilir dengan kerani yang lain. tapi boleh keluar sorang-sorang je tau. risau sebab tiba-2 ramai orang kan.






waktu tengahhari dalam pukul 1-2 adalah waktu yang sangat lapang. memang tak ramai orang dah. so siapa siapa yang nak keluar mengundi, dinasihatkan keluar pukul 2 je. sebab pukul 2 ke atas boleh kira dengan jari je berapa orang yang ada. pagi memang ramai sebab tu kena beratur panjang-2 dan lama-2. so sementara waktu tengahhari takda orang ni, lets snap some photos! haha


pada hari kejadian, KM/KMU dilarang menggunakan hp ya. risau kot kot ada kebocoran maklumat. macam tahun ni gempak pasal kertas undi kan. katanya kertas undi kantoi kedudukan parti. apa-apa pun harap masing2 jujur la kan dalam mengundi ni.


sepanjang jaga bilik mengundi ni, part paling sukar waktu kira satu persatu kertas undi. kirakan dia dalam 10 ikatan. 10 ikatan gabungkan menjadi 100 kertas undi. tujuannya sama ada betul atau tidak kiraan kertas undi keluar dan yang masuk. kalau betul barulah boleh proses ke seterusnya iaitu mengira undian parti. time ni memang satu persatu kena tunjuk dan tayang pada agen mengundi. biasanya kira mengundi ni akan start pada pukul 530 dan berakhir sampailah semua agen mengundi puas hati. haritu kami selesai pukul 830 malam. fuhhh



balik daripada pusat mengundi, lalu tempat kiraan mengundi. fuhhh ramai betul orang menunggu keputusannya kan. azah pun menunggu jugak keputusan malam tu. haha. siap berdoaa lagi mudahan esoknya cuti. yela, letih kot seharian berada di pusat mengundi kan. pukul 2 pagi, keputusan masih belum diumumkan, so azah tarik selimut zzzz tidur. haha. pagi esoknya bangun pukul 6 tengok mesej dari group sekolah, yay cuti! boleh sambung tidur. haha



apa-apa pun, pengalaman ni sangat bermakna. mudahan 5 tahun mendatang masih diberikan peluang jadi kerani mengundi ni ;D



12 comments:

  1. wah seronoknya. tapi paling best sambung cuti 2 hari tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. best sambung cuti. haha. sini 4 hari terus cuti

      Delete
  2. Oh..macam tu rupanya kerja kerani pusat mengundi, tak pernah join lagi. Adik pun jadi kerani aritu tapi taktau pulak job scope macammana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumittt tapi happy sebab kaya kejap dapat elaun lebihh. haha

      Delete
  3. ya ya memang letih seharian kan. shu hampir terjebak, masa permulaan tu shu ada sertai, shu bahagian kiraan undi. tapi terasa berat hati last-last tak join. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. best la kakshuu. rugi xjoinn. memang la penat sikitt. hihi

      Delete
  4. Alhamdulillah dpt peluang jugak pengalaman jd kerani undi :)

    ReplyDelete
  5. hahahahaha malam tu memang doa esoknya cuti sebab penat tunggu sampai pukul 5 pagi. Mak pun jadi kerani jugak, awal pagi lagi dah kena standby sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh mak pun jadi kerani ea. tu la kan, nasib baik cuti. haha

      Delete