Resipi Udang Masak Lemak Simple
assalamualaikum semua!
fuhhh fuhhh fuhh tolak habuk. haha. lamanya tak online! adehh. ampunkan dakuuuuuuu. baru selesai dengan kerja kerja sekolah. biasalah, walaupun cuti sekolah, kami kami ni tak cuti tauu. hihi. ada je urusan ke sekolah ke sana sini. gituuuu. jadi tak sempat la nak update blog kesayangan beta ni! ehem. alhamdulilah azah dan baby sihat walfiat. hehe.
post post pregnancy kita schedule dulu ya. azah nak buat post rutin as a housewife duluuuuu. hiks. so harini alhamdulilah berkesempatan la masak tengahhari untuk suami. suami balik solat jumaat je, sempat la siap masak. yeah! selama ni hari bekerja kebanyakkan masak simple je, goreng2 gitu je atau beli tapau je kat kedai. ni ada hari cuti kita jadi la housewife kejap kan. hihi.
so harini alhamdulilah, rezeki boleh makan udang masak lemak, sayur with cencaru, telur masuk lemak dan juga salad with budu. air pulak air durian belanda. kehkeh. untuk post kali ni azah nak share resipi udang masak lemak simple. banyak yang kita jumpa udang masak lemak cili api, udang masak lemak with rebung, udang masak lemak with nenas, udang masak lemak with kacang panjang kan. kalini kita guna je bahan sedia ada di rumah. jom check it out ~
resipi udang masak lemak
blend bahan A:
lada kering segengam
bawang merah kecik 2 ulas
bawang putih 5 ulas
halia 1/2inc
lengkuas 1/2 inc
*kunyit hidup jika ada, kalau takda, kunyit serbuk
bahan B:
udang setengah kilo
santan sekotak
kunyit serbuk 2 sudu
gula
garam
asam keping
1. panaskan kuali, masukkan minyak
2. masukkan bahan A yg telah diblend
3. naik bau bahan A, masukkan bahan B. perasakan
4. masukkan udang. siap
haa mudah je kan masak ni? hihi. makan pulak dengan nasi panas-panas. perghhh seleraaaa awakkkk. siapa geng makan udang? kita sama laa! favourite azah tau udang ni :D
Favourite ni..sedap!
ReplyDeleteSedap juga udang masak lemak tu. Macam dah lama tak makan
ReplyDeleteWuuuuu isteri mithali sangat!! heheheh >_< thank you for the recipe kak Azah!! ;) jaga diri elok2 tau! tau! <3
ReplyDeleteMantap kak Azah.. lezat rupaa, jd lapar laa xD sy jg mau post tutorial memasak ahh hehehe xD
ReplyDeleteRajin awak memasak... next time try some thing new pulak... kikikiki...
ReplyDeleteSimple pun sedap ni
ReplyDelete