Pengalaman Buka Buku Pink @ 9w

assalamualaikum semua.


jom throwback balik macam mana cerita nak buka buku pink ni sebab biasalah kan as newly mother to be ni banyak yang kita tak tahu kan. sama jugak macam azah. macam mana nak buka buku pink pun azah google tau bila hari hari yang sesuai. hiks. so lepas daripada baca, kaji, hayati post orang lain, azah dapat simpulkan seeloknya buat buku pink ni bila kandungan dah masuk 9 weeks-12 weeks. pastikan buat buku sebelum kandungan 4 bulan tau! oh ye, bagi yang tak tahu, kalau korang nampak 9w ke 7w ke 8w ke itu bermakna usia kandungan tu. W tu merujuk singkatan pada weeks. 9w1d pulak merujuk pada 9 weeks 1 day. haa gitu :))


jadi, macam mana caranya nak buat buku pink eh? apa yang misi akan buat pada hari buka buku pink tu? jeng jeng. ceritanya senang je. hehe. macam ni pengalaman azah berdasarkan buat buku waktu kandungan azah 9weeks baru-2 ni.



untuk hari buka buku pastikan korang datang awal! sebab apa? sebab nak buka buku pink ni ambil masa lebih kurang 3-4 jam jugak tau. banyak prosedur yang akan diambil kira. so pada haritu azah inform pada pentadbir akan masuk lambat sikit sebab nak buka buku. mudir dan PK sekolah azah memang dah sedia maklum dah azah mengandung :'D jadinya mereka bagi je kelulusan untuk masuk lambat. memang azah ambil hari waktu azah banyak masa terluang di sebelah pagi sebab kalau boleh taknak la skip kelas kan, kesian students kalau skip kelas lama-2.



so hari tu hari isnin, azah ke sana pukul 830 pagi dengan husband. sampai je sana, azah terus ke kaunter pendaftaran dan tanya, "misi boleh buka buku tak harini?" misi tanya berapa weeks dah, azah cakap lebih kurang 9weeks. terus misi cakap boleh je buka buku, pastu misi tanya duduk di kawasan mana dan bila hari pertama last period. azah sempat tanya, suami kena buat apa-apa tak sebab ada dengar jugak yang suami kena ambil darah sama. misi cakap takpe, suami boleh je pergi kerja. then, misi suruh duduk dan tunggu nama di panggil.



dalam pukul 850 pagi macamtu, nurse lain panggil pula untuk isi maklumat. waktu isi maklumat ni, misi mintak salinan kad pengenalan suami dan azah beserta dengan salinan kad nikah suami dan azah. isi maklumat kat sini ada la tanya pasal parents ada kencing manis tak, bila period, suami keje apa, suami keje mana and so on. then misi suruh pee dalam bekas sebab nak check kencing manis. time ni silapnya azah tak tahu yang kena pee so thats why la sebelum ke klinik tadi azah terus bantai makan nasi kerabu. jadi bila check memang tinggi la protein dalam urine. tinggi sampai 13. dalam hati confirm kena refer doctor ni. aduhai. haha. pastu settle pee, misi akan check HB pula, misi akan cucuk hujung jari kita dan ambil sampel darah. time ni azah boleh sengih sebab misi puji HB tinggi, 12.5 hiks. then, check ketinggian dan jugak check berat. pastu misi check BP dengan nadi. waktu booking buku tu berat 59kilo. pheww. sebelum mengandung last azah timbang 54kg okay! boleh pulak naik sampai 5kg. haha


pastu misi suruh tunggu di ruang bilik pemeriksaan. bila sampai je turn azah, misi isi maklumat dan suruh kita baring. waktu baring, misi check bahagian dada, tekan tekan perut dan juga tengok bahagian tengkuk risau kot kita ada beguk kot. waktu nurse check bahagian perut tu, nurse cakap ada dah ni tapi masih kecik lagi. alhamdulilah la bila misi cakap camtu. hehe. siap check keadaan badan kita, misi tanya bila hari pertama last period (LMP) kita. oh ye, pastikan ingat ya bila tarikh hari pertama last period sebab misi nak buat estimate due date (EDD) tarikh akan korang bersalin. macam azah LMP pada 10/7/2018 dan akan bersalin pada 17/4/2019 in shaa Allah. waktu tu jugak misi akan share tips pemakanan dan lain-lain. bila misi tengok bahagian urine tinggi, terus misi buat surat untuk refer doc next check up. perghhh dah agak dah. so takpe, next week ahad kita akan jumpa doktor dan tengok progress macam mana. misi pun ada jugak bagi date terus untuk check perut pulak nanti.



settle bilik pemeriksaan, misi arah ke bilik suntikan. time ni mummy so nervousss sebab ummi memang takut jarumm okay! tapi sebab dah nak jadi ibu apa-apa pun kena beraniii. haha. so nak taknak, hadap jela kan :P jadinya ke bilik suntikan ni, misi akan ambil darah di bahagian lengan. syukurlah azah ni urat mudah timbul dan nampak. so bila nampak urat terus la amik darah kat situ. misi ambil darah untuk check kumpulan darah apa, ada talesemia atau tak dan lain-lain. time ni misi ambil satu tube je. hehe. dont worry tak sakit pun :P



settle je bilik suntikan, siap dah la buku pink kita. yay! so settle buku pink. next kita jumpa doktor pulak dan scan baby macam mana kat dalam. hiks. until we meet again ya. apa-apa soalan kalau korang nak tanya, tanya je ye. boleh aje :)) in shaa Allah azah free, azah akan jawab ya.




9 comments:

  1. Alhamdulillah..bermulalah memori buku pink..

    ReplyDelete
  2. kalau untuk buat yang pertama memang happy sangat tu..

    bukan sahaja isteri..

    suami juga terasa amat teruja ..

    ReplyDelete
  3. Cikgu mithali betul lah kak Azah ni! heheh :P dahlah isteri mithali! >_< esok-esok jadi ibu mithali pulak ya! :3

    ReplyDelete
  4. Hihihi happynya baca..doakan rezeki Mai pula lepas ni <3

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, tahniah Azah. Jaga kandungan tau. Doakan kin dikurniakan zuriat juga ye.. dah nak masuk 4 tahun belum pernah pregannt lagi.. hehe

    ReplyDelete
  6. Masa ngandung sampai la beranak is the moment badan kita selalu kena cucuk. Bertabah la~ ^^

    ReplyDelete
  7. Zaman Mrs. A (last pregnant 2006) masih belum diwajibkan lagi buka buku pink ni.
    So tak merasalah berurusan dengan Klinik Kesihatan Daerah masing-masing.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan urusan.. :)

    ReplyDelete
  9. wahhhh sis azah! tahniahhhhh sangat- sangat. huhu masa awal tahun 2018 dulu Lisa ucap selamat pengantin baru, skrg awal tahun 2019 ni, lisa ucapkan happy mommy to be! wahhh tak sabar nak tengok baby baru. :) btw, jemput baca entry baru lisa ni. https://abeautybutabeast.blogspot.com/2019/01/finally-its-over-part-time-job-please.html

    ReplyDelete