#AbuTheCat dan #KakaTheCat diserang virus parvo

assalamualaikum semua.


quick update je ni. azah nak minta korang semua doakan kucing azah, abu dan kaka yang diserang virus parvo supaya cepat sembuh ye. Allahuakbar. sedih pilu speechless tak terkata bila tengok meow yang kita anggap macam anak sendiri ni sakit2.


al kisahnya 21 november yang lepas, hari rabu, abu dah demam tak lalu makan. so azah ajak suami ke klinik nak check keadaan abu. doktor check suhu 39 darjah, so doctor assume abu just demam. abu pun takde simptom lain lagi. so, doc bekalkan ubat antibiotik, selera makan, dan satu lagi lupa pula. habis je ubat tu, abu makin hari makin semangat. berlari berkejar dgn kaka. memang betul betul sihat dah la.


tapi, rupanya sihat abu cuma sementara. jumaat 30 nov abu start taknak makin. sakit. minum air je banyak. jumaat malam tu waktu nak ajak abu tidur perasan mulut dia basah2. azah dah tak sedap hati. esoknya sabtu azah terus bawak jumpa doc vet.


doc tengok keadaan abu, doc cakap, kemungkinan virus parvo bila tengok simptom yang ada pada abu. azah terus suruh doktor cekkan. doktor cek ambil sample najis dan tunggu 10 mins untuk tahu result.


speechless. speechless. Allahu. bad news. ABU POSITIF VIRUS PARVO.


doc cakap ada masa 2 minggu. kalau imun abu kuat, abu survive, kalau tak, azah kena redha. terus la berendam air mata kat situ juga. huhu. balik klinik, pergi cari penawar air kelapa. so far harini hari keempat abu virus parvo, dan abu makin bertambah baik. kelmarin dia baring je. suara pun garau. harini suara abu dah lembut macam biasa. abu pun larat jalan2 dah. alhamdulilah.


kaka pula walaupun azah dan asingkan dia dengan abu, nasib tak menyebelahi. semenjak semalam kaka tak lalu makan dan minum. azah terus force feed dan force feed. pagini mulut kaka dah start berair dan keluar lendir. Allahu. sah kaka pun dah dijangkiti virus parvo. saat artikel ni ditulis, kaka tak tahu menyorok di mana. puas mencari satu rumah sebab nak force feed makan dan minum. Allahu.




doakan abu dan kaka ya. terima kasih kalian sudi membaca.


5 comments:

  1. saya pun ada bela kucing juga, hanya orang yang dah bela kucing faham macam mana perasaan kita bila kucing kesayangan kita sakit huhuhu..saya doakan kucing Azah cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala amin...

    ReplyDelete
  2. Allahu kesian Abu dan Kaka.
    Semoga Abu dan Kaka dikurniakan kesembuhan.
    Semoga tuannya tak mudah give up.
    Dah jumpa ke belum Kaka tu? Kenapa tak kurung?
    Salah sekor kucing Mrs. A dulu pernah kena Parvo virus tapi dia tewas. sobs...sobs...sob...

    ReplyDelete
  3. Abu...Kaka..kuat ya..lawan sakit tu..moga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  4. semoga dua2 kucing kembali sihat... sedih baca...

    ReplyDelete
  5. Semoga Abu dan Kaka cepat sembuh. Dulu kucing kin pun kena virus parvo ni tapi x survive..

    ReplyDelete