Duit Tebus Cek TM Diterima

Assalamualaikum.


ingat lagi tak entri azah di SINI? azah ada ceritakan cara untuk tukar penama cek kan. alhamdulilah, kerani TM cakap duit akan diproses dalam masa 1-3 bulan tapi ni baru sebulan duit dah di kreditkan ke dalam akaun bank. alhamdulilah. hihi



al kisahnya rabu lepas, sebelah pagi. azah ada terima nombor panggilan daripada orang yang tak dikenali. bila cek nombor, eh macam nombor pejabat. angka pulak bermula dengan 09-7 so macam eh YIK call ke, ataupun ada tempat lain yang call. so sementara ada waktu, bermulalah conversation kami.


azah: assalamualaikum
dia: waalaikumusalam, saya buat panggilan dari TM kota bharu ni
azah: oh ye ye, bakpo?
dia: *sebut nama penuh azah* haritu ada tukar penama cek kan? nak maklum, duit dah dikreditkan dalam akaun deh. boleh la withdraw ko gapo ko.
azah: oh ye ke? alhamdulilah. terima kasih banyok deh.
dia: iye, sama-sama.


haa see. alhamdulilah. kalau dah rezeki, tak pernah salah alamat kan :D haha. Allah tahu hambanya "kureng" jadi digerakkan hati tuan urus TM cepatkan dan mudahkan proses azah. tak lama ambil proses, duit dikreditkan dalam akaun, syukur syukur alhamdulilah :D





14 comments: