Pengalaman Pertama Naik Kapal Terbang Air Asia
assalamualaikum semua!
isnin lepas azah ke KL dengan menggunakan Air Asia. ye sebenarnya tulah kali pertama azah naik kapal terbang. haha. prosedur naik kapal? eh of course la azah dah study awal-awal dalam google. abang-abang azah pun pakat tolong. haha. terima kasih encik google! bila dah sampai ke airport, sepupu azah pulak tunjuk cara-cara macam mana nak naik pesawat ni :P
haa, bila dah tahu berlagak pula! haha. memandangkan azah halfday hari isnin, suami azah pula kena fulltime, jadi kami decide untuk ambil penerbangan malam dan penerbangan akhir je. yela, rumah azah ke airport bukannya dekat. kalau jam ada la ambil masa lebih kurang 30 minit - 40 minit juga. so nak taknak, ambil la kan walaupun flight lambat.
suami balik jam 5 petang, terus kami get ready untuk ke airport dah. lepas azah balik halfday, sempat la tidur kejap pastu bangun kemas beg topup mana belum siap. suami balik, makan-makan. lepas maghrib, lebih kurang pukul 8 malam, bertolak la kami ke airport. terima kasih sepupu sebab hantarkan. azah tiba sana dalam pukul 850. pukul 930 gate dibuka, azah terus check in dan scan beg. syukur alhamdulilah semua beg lepas. biasanya kalau domestik ni peraturan tak ketat sangat. hehe. tapi berjaga-jaga jangan bawa barang terlarang tu lebih baik.
pengalaman azah? waktu nak depart tu, fuhhhh. dulu tengok je kapal terbang undo ke belakang, ke depan, ke kiri ke kanan. kalini kita rasai sendiri tau. haha. so time tu boleh la rasa kapal terbang undo, pastu ke depan. bila dah naik tu, kapten akan announce semua kena duduk sebab kapal dah nak take off. mula-mula tu enjin bunyi macam laju sangat, then berlepas pun laju (time ni macam kecut perut, HAHA) time berlepas laju ni gigih azah pegang tangan suami dan mak azah. haha. pastu eh tup tup dah selamat terbang. hihi. best ooo. memula tu macam nak gayat la jugak, mual jugak tapi lama-lama boleh suaikan dengan keadaan. pandai kapten hafizudin kemudikan kapal. (tau nama kapten sebab ada dia perkenalkan diri dan nama anak kapal).
dalam penerbangan dah niii. dah nak terbang dah. iols takutttt. hahaa. mula nak terbang dapat tengok suasana kelantan cantik sangat. lampu warna warni. memang sangat lawa tak berani nak ambil gambar kot ada apa-apa kan sebab time ni kita kena aeroplane mode on atau matikan terus je handphone tu. memandangkan azah terbang waktu malam, so tak nampak sangat la awan. hihi tapi takpe, nanti balik kita dapat tengok awan pulak ye :P alhamdulilah, kami awal sampai malam tu. lebih kurang 15 minit awal. KBR tak banyak pun berjalan tapi KLIA2 nak sampai ke tempat pick up passenger phewww lebih kurang 15 minit jugak la berjalan. haha. tapi takpe, boleh kenal tempat orang kan :D
dah sampai KL. yayy! itula pengalaman orang cakap kan. pengalaman yang takkan dilupakan sampai bila-bila. hihi. lain penerbangan lain caranya kan. nanti azah share pengalaman naik penerbangan yang lain pulak. stay tuned tau!
First time naik AirAsia masa lepas belajar, keje parttime kat Watson. Tak kasi balik cuti raya sangat, saya pun resign petang tu..malam terus naik flight balik kg. Esok raya..haha
ReplyDeleteperghhh sebab tak dapat balik beraya terus resign and amik flight balik eh? gigihh. haha
DeleteKenapa sweet sangat gambar last tu heheh :3 tersengih panjang dah budak Hana ni :P
ReplyDeleteeh ehhhhh :P situ pulak dia fokus. haha
DeleteWah, zumal belum pernah lagi naik flight. Takut tu lebih sangat...
ReplyDeletenanti boleh la naik :D
DeletePengalaman pertama saya pula agak kelakar.
ReplyDeleteMasa tu ke saya harás ke Seoul pukul 1 pagi dan kawan2 yg mengambil masa 6 jam lebih. So dah sediakan bantal leher, buku and iPod siap-siap. Masa nak take-off tu, dalam tak sedar sebenarnya dah grab tangan member sampailah turbulence dah tak rasa. Tapi masa nak landed tu ada complication sikit ebb hujan, so lama jugak kat Udara tergoyang-goyang sbb turbulence, elok landed je, badan rasa mual, pening semua cukup rasa macam nak belasah je sapa2 yg annoying hahaha
Alhamdulillah fly kemana-mana selepas tu dah takde masalah. haha Saya suka baca post ni sbb boleh relate :)
kalau turbulence takut sikit kan. syukur wktu penerbangan lepas takde apa2 pun. hehe
Deletehihi.. tapi seat air asia ni kecik dan sempit sikit kan, sakit badan
ReplyDeleteha ah. sempit dan seat kecik. okaylah kejap je kan 50 mins tu :D
Deleteterbaek..
ReplyDeletetq :D
DeletePenerbangan dengan Air Asia tak pernah cuba lagi walau kerap buat untuk orang lain tapi untuk diri sendiri takde lagi.
ReplyDeletenanti boleh la naik untuk diri sendiri pula :D
Delete