Ajar Suami Berdikari

Assalamualaikum semua!


semenjak kahwin ni kan, kerja rumah bertambah banyak. ditambah pula dengan status azah dah bekerja dalam masa yang sama surirumah ni, seringkali juga la stress bila balik je rumah, rumah bersepah. haha. yela kan, azah kerja start 7 pagi dan balik kerja 530 petang, khamis 430 petang. hari-hari kerja dari ahad ke khamis, masa di rumah berapa jam sehari-hari kan.


so untuk memastikan mood azah okay daripada badmood bila balik kerja, azah dah siap susun jadual awal-awal. ahad-khamis masa yang sangat penting. setiap malam pukul 11 memang wajib dah masuk tidur sebab esoknya pukul 530 dah kena bangun kan.


banyak2 kerja rumah, kain lah yang paling azah rasa sangat sangat hazab. hahaa. part kain sahaja boleh buat 3-4 cerita. bermulanya dengan baju kotor dalam bakul baju, bila baju dah penuh, mulalah nak membasuh baju. bila dah siap baju dalam "washing", kena pula spinkan baju. bila dah siap spin, tibalah masa kena sidai pula baju. azah sekarang dah tak sidai dah, main hanger je sekarang. kalau ampaian penuh, angkat dlu baju-baju lama di ampaian, hanger pula baju baju yang baru. siap hanger tengok baju di longgakan, alahai malasnya. hahaa. see cerita baju saja dah satu perenggan kan :P


jadi untuk elakkan, azah ni tak badmood, rumah pun akan okay walau kita dua dua kerja, jadi azah buat satu jadual. tujuan jadual ni untuk mematangkan kita, mengajar kita untuk lebih berdikari. fitrah perempuan pandai buat segalanya. memasak (walaupun tak semua), membasuh baju, menyidai baju, melipat baju, mengemas rumah, pendek kata, kita ni kaum kaum isteri dan perempuan mampu buat satu dua perkara dalam satu masa.


contoh? contohnya tengahhari memasak di hujung minggu. bila ayam tunggu nak empuk, kita sempat membasuh baju, bila tunggu baju di spinkan, kita sempat membasuh pinggan dan mangkuk. 


see, banyak benda kita boleh buat dalam satu masa. itulah kelebihan kita. macam azah cakap tadii, jadual ni untuk mengajar suami berdikari. syukurlah suami azah ni sebelum kahwin, dia anak kecil yang kehilangan ibu dan ayah. jadi segala benda yang dia buat waktu bujang, semuanya adalah sendiri. memasak makanan simple, mengemas rumah, membasuh baju, semuanya suami dah pandai, alhamdulilah!


jadi dengan ilmu yang suami ada, azah ajar juga suami untuk menolong azah. kalau azah tengah membasuh kain, ada pinggan mangkuk yang belum di cuci, azah terus je bagitahu suami "b, boleh tolong mi basuh pinggan gelas?" alhamdulilah, suami bantu. terkadang azah penat sangat balik kerja, makan malam suami sediakan. sungguh azah tak tipu. terkadang suami goreng nugget, buat sandwich, buat maggi goreng. macam mana cara azah minta? "b, b buat sandwich sedap, lama tak makan b buat, tolong buatkan boleh?" alhamdulilah suami buatkan.




suami azah buatkan. siap ada I love you lagi. eheks :D bukan nak menunjuk suami azah sweet buat itu ini. tidak. tapi apa azah nak tekankan di sini, dengan adanya sikap bantu membantu, tolong menolong ni, in shaa Allah kita pun dapat ringankan beban kita, kita pun dapat kurangkan emosi kita. ajarlah suami berdikari, kelak kalau kita meninggal dunia, ada "ilmu" yang kita tinggalkan pada suami kita. sekurangnya suami kita tahu itu dan ini :')




32 comments:

  1. yeszaaa.. betul tu , kena ajar suami berdikari.. kakshaz setuju sgt.

    ReplyDelete
  2. Alolo sweetnya suami dia. Hihi

    Bgus la tu sis. Sme2 penat, sme2 la kne tlg menolong kan. Kalo harap ke kita je yg masak dan buat kje rumah, mmg teruk jugak la kan.

    ReplyDelete
  3. Laki saya aritu, saya tampal notes untuk masak kalau saya tak sempat. Tapi rupa-rupanya dia lagi terer masak dari saya..malu..haha

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... Rumah tangga yang di bina itu memerlukan dua orang untuk memperkukuhkannya... Bukannya seorang sahaja... Apa pendapat awak dengan entri yang saya publish nie... Warkah Buat Seorang Isteri

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis. stuju. dua dua kena main peranan kan

      Delete
  5. wahhh sampai part "I love You" tuu haa terus kak aida senyum.. aduhh bersemut dah skrin laptopp.. hahahaha ;D

    ReplyDelete
  6. Wahhh kak Azah sangat memberi inspirasi kepada Hana ^^ heheh nice sharing!!! :3 and suami kak Azah siyess super sweet tahap potong kaki hahah <3 ^^

    ReplyDelete
  7. sweet.. hehehe

    tolong tukar link blog ejulz dlm bloglist azah k.. hehe..
    http://kampung-kameq.blogspot.com kepada http://ejulz.blogspot.com

    terima kasih.. hehe

    ReplyDelete
  8. Alhamdullillah.. rumahku syurgaku kan azah.. #spreadlove

    ReplyDelete
  9. amboi kemain sweet suami dia buat ily hahaha

    ReplyDelete
  10. kat mn ya sy bc 1 artikel ni.. dia ckp kalu boleh jgn manjakn suami. means semua keje rumah kita yg buat. isteri bkn hamba. so apa yg azah praktikkan ni mmg 👍👍👍👍

    ReplyDelete
  11. isteri dan mak2 memang pro multitasking... 2 3 kerja dalam satu masa..haahaa

    ReplyDelete
  12. dulu-dulu saya suka memasak dan mengemas rumah untuk membantu si isteri..

    perkara biasa la tu

    ReplyDelete
  13. Aloooohh sweetnya. semoga kekal bahagia selalu.

    Hihihi mak pesan, suami ni kawin2 kena train untuk membant dah, kalau asyik tunjuk kita serba boleh nanti dorang naik lemak, kekekekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. yeee sis maizan. kena saling bantu. baru bahagiaaaa

      Delete
  14. kerja rumah, azah... memang a never ending task.
    lelebih nanti kalau da ada anak.
    otomatik tau, azah. kita akan jadik multi tasking.
    tak payah buat jadual dah. otomatik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. hehe. azah yang belum ada anak lg pun dah rasa dah keje keje kat rumah ni. tnpa disuruh, automatik akan buat sbb kita dah terikat dengan tanggungjawab kan

      Delete