Info : Cara Dapatkan Kembali Duit Transaksi Tidak Berjaya BSN

Assalamualaikum semua



salam hujung minggu dan selamat bercuti sekolah! banyak sungguh kenduri minggu ni kan. haha. takpe, nanti azah update pulak sama ada sakit perut ke tak minggu ni sebab perut banyak input lauk lauk kenduri. kihkih.


okay okay back to topic, al kisahnya, 10 Mac baru-baru ni azah ada buat belian online dari salah satu website pakaian. bila nak buat payment, azah pilih pada butang bayaran online tick MyBSN untuk pembayaran melalui online banking bank nasional berhad. selepas dari payment, azah tersedar yang transaksi online TIDAK BERJAYA. so, macam pelik la kan. mana duit tu pergi, duit dah tolak tapi online banking tak berjaya. nak kata dalam akaun duit tiada, macam mana duit boleh ditolak kan?



so start malam 10 Mac azah dah try call BSN customer care tapi malangnya tidak berjaya. jawapan yang diberikan hanyalah "harap maaf, pihak kami sedang menerima panggilan yang tinggi buat masa ini dan blablabla". adoi stress!
malam esoknya azah cuba lagi untuk call. still dapat jawapan yang sama! tapi azah nekad juga time tu, azah tunggu je apa yang dia nak bebelkan. beratur jela sambil tunggu layanan diberikan pada kita kan :D last last dapat la masuk line sementara nak bercakap dengan customer careline.



jadi selepas berunding dengan customer care alhamdulilah azah dah dapat cara macam mana prosedur nak refund duit dengan BSN ni.


1. call Customer Service Centre , 1 300 88 1900
2. ikut arahan yang diberikan, pilih bahasa melayu > tekan nombor pada "internet banking" > masukkan ic nombor
3. bila customer care dah layan korang, korang adukan je apa masalah korang.
4. untuk masalah ni, sila sediakan :
  • nama penuh
  • no kad pengenalan
  • no telefon sekarang
  • no akaun bank / no kad 
  • alamat tempat tinggal



segala details di atas adalah untuk pengesahan. yelah kan bukan senang nak refund balik duit ni. lepas dari pengesahan, customer care minta tunggu sebentar untuk semak balik akaun kita samaada betul ke transaksi tidak berjaya. lepas 3-4 minit tinggu, customer sambung kembali talian, dia cakap betul la transaksi tidak berjaya dan dia maklumkan duit akan dimasukkan balik bermula 7-14 hari dari tarikh aduan. andailah duit belum masuk dari tarikh tu, sila call bsn balik untuk aduan kali kedua. 



time tu azah ada dua transaksi tidak berjaya. satu pembelian dalam website, kedua tambah nilai prabayar pinless. dah buat pembayaran, duit dah tolak tapi kredit tidak berjaya masuk jugak. so azah report jugak nak refund duit tu. customer care tanya nak masukkan ke dalam handphone atau nak refund balik. azah cakap refund je. walaupun rm10 tapi tetap duit okay! haha. so kita tengok dalam masa 14 harini duit masuk ke tak ye. walau tak banyak, tapi zaman sekarang kena berkira tau! haha. okaybye.



18 comments:

  1. Ni kelemahan bsn.. sejak kak sha kena mcm ni sampai 3x.. mmg tak guna dah bsn untuk online transaksi..

    ReplyDelete
  2. Kenapa ye transaksi tidak berjaya tapi duit ditolak.ada silap mana mana ke atau de kesilapan teknikal?walaupun rm10 tetao duit juga kan

    ReplyDelete
  3. lama dulu aida ada akaun bsn.
    time skola.
    now stay dgn maybank aje, azah.
    akaun gaji.
    maybank tak remeh. ok la.
    mudah bab refund.

    ReplyDelete
  4. Nice sharing kak Azah! ^^ apa2 nanti Hana refer sini ya.. :3

    ReplyDelete
  5. hahaha betul tu RM10 cukup untuk belanja makan satu hari :D

    ReplyDelete
  6. terima kasih berkongsi...agaknya prosedur bank2 lain pun mcm ni jg kot...

    ReplyDelete
  7. Taktau dah berapa baki akaun dalam BSN, dah lama tak guna

    ReplyDelete
  8. pernah refund..tapi bukan bsn pkai maybank..nasib dapat blik refund..heee lega

    ReplyDelete