Menang Hadiah Wang Tunai dari Blogger Elih Japahar

Assalamualaikum semua!



alhamdulilah gatal gatal tangan sebelah kanan terjawab. rupa2nya nak menang hadiah wang tunai dari blogger Elih Japahar ye. hihi. awal bulan haritu azah ada join satu giveaway berkaitan dengan azam tahun baru. klik SINI untuk baca balik azam-azam azah yang lepas. haha.



hari selasa lepas dapat satu kiriman whatsapp dari orang tak dikenali. cakap dah transfer duit masukkan dalam akaun siap bagi bukti payment lagi. haha. azah pada awalnya bluetick jela sebab tabiat azah kalau ada no azah tak kenal, azah biarkan dulu. tambah-tambah time tu on the way ke taska jadi sedikit kalut bila dapat whatsapp macam tu. so langkah terbaik, kita biarkan dulu.



lepas siap urusan, mungkin empunya mesej nampak azah hanya bluetickkan dia punya mesej, dia pun cakap "oh lupa saya blogger elih japahar". haha. nak tergelak pun ada. azah pun hanya whatsapp cakap terima kasih nanti kalau payment dah masuk azah inform pula.





kebetulan haritu azah sangat-sangat sibuk. azah cuti kerja haritu sebab ada walimah anak saudara azah. so azah tak layan mana handphone. petangnya ada urgent nak call orang kedai hantar gas, eh tup tup krdit habis. haha. nak taknak kena topup la dulu. so log in maybank2u, beli topup check baki eh ada duit masuk. alhamdulilah. duit yang ditransfer sebelah pagi dah masuk dah :) syukur syukur. rezeki kan tak siapa yang tahu.



alhamdulilah, ada juga yang sudi berkongsi rezeki. terima kasih ye encik Elih. moga dimurahkan rezeki selalu! amin amin ya rabbal alamiin.



22 comments:

  1. Alhamdulillah bestnya menang wang tunai murah rezeki kan
    harap airah pun murah rezeki juga

    ReplyDelete
  2. wah, tahniah :) http://thekaellaaaa.blogspot.my/2018/03/segmen-kaella-beloved-fellas-by-kaella.html

    ReplyDelete
  3. tahniahhh alhamdulillah da dpt duit raya awal ya... ;-)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah murah rezeki awak ye

    ReplyDelete
  5. bertuah empunya badan dapat hadiah. salam blogwalking di malam isnin tuan tanah.

    ReplyDelete