Info : Cara Tukar Penama Cheque Telekom Malaysia (TM)

Assalamualaikum semua!


Sebulan yang lepas azah ada menerima cek dari pihak telekom malaysia. disebabkan abang azah dah matikan talian telekom, jadi TM akan merefund balik duit yang kita depositkan pada satu ketika dahulu untuk daftar akaun TM. fuh ayat. haha. so, nak dijadikan cerita cek sampai atas nama arwah abah azah. tahu sajalah arwah abah dah tiada, macam mana nak tebus cek kan?


so, azah contact dengan TM careline tapi lepas borak dengan TM careline, dia nasihatkan azah supaya chat online dulu sebelum ke TM berdekatan. jadi azah pun terus chat online dengan pihak TM. berikut adalah conversation kami :








okay, azah pun dah dapat gambaran macam mana prosedur rename cheque balik tu kan. jadi waktu kelapangan dua tiga hari lepas, azah ke pejabat TM berdekatan untuk proses petukaran nama ni. mujurlah tak ramai orang sangat jadi cepat je azah berurusan dengan pihak TM.


bila dah sampai turn Azah, agak terkejut dia minta surat lahir sebab mengikut conversation chat online, takde pulak mention pasal surat beranak aka sijil kelahiran pewaris. fungsinya sijil kelahiran pewaris ni sebab dalam surat beranak kan ada bukti bahawa azah ni anak pada arwah. syukurlah waktu tu masih ada lagi fail resume azah dalam box motorsikal, so suruh husband ambilkan fail tersebut. bagi sijil kelahiran azah dekat dia, dan dia proceed je. katanya duit akan dimasukkan ke akaun azah dalam masa 1 bulan hingga ke 3 bulan. fuh asalkan settle sudah kan, takpelah duit tu cepat atau lambat je.


so, kesimpulannya prosedur penukaran nama cek di TM ni ialah :


1. bawa 
  • sijil kelahiran pewaris 
  • sijil kematian arwah
  • penyata bank @ no akaun bank pewaris
  • kad pengenalan pewaris
  • cek TM yang hendak ditukar nama

2. pergi ke TM terdekat
3. rujuk PIC di kauter pendaftaran, ambil nombor
4. tunggu turn, dan serahkan segala dokumen di atas
5. sign segala borang, siap


dalam masa 10 minit dah settle dah. kita tunggu la pulak ye duit masuk ke tak dalam masa 1-3 bulan ni. hehe :D jelas kan?



11 comments:

  1. Aah..memang ada masukkan deposit kan, saya masih setia dengan TM sampai skrg..

    ReplyDelete
  2. Ooo alhamdulillah dapat balik duit tu..Sayang kalau biar gitu saja.

    ReplyDelete
  3. thanks for the info. SAHM tu makdusnya stay at home mom... :)

    ReplyDelete
  4. Nice sharing kak Azah!! ^_^ berguna untuk budak cetek ilmu macam Hana ni heheh :3

    ReplyDelete
  5. oh kalu gitu bleh laa sy mintak blk duit deposit dulu thanks 4 sharing ;-)

    ReplyDelete
  6. Apply 29.9.19...now 1.1.20 refund still xdapat2 lagi...berapa lama sebenarnya..nk contact sape untuk follow up pasal ni..

    ReplyDelete