Jadikan Weekend Sebagai "Family Time"

assalamualaikum semua


hari minggu sepatutnya hari untuk keluarga. setelah seminggu bermula dengan hari ahad sehingga hari khamis bersekang mata mengadap kerja, jadi weekend duduk la rumah pula kan. kerja boleh kita cari, tapi kalau keluarga yang hilang macam mana pulak ye?




weekend kali ni azah betul2 penat. pagi-pagi jumaat azah lagi azah dah kena kerja seawal 7 pagi. azah kena "punch card" office kedua. pagi semalam azah in charge bahagian pendaftaran. tahu sajalah, kalau dah kena bahagian pendaftaran, nampaknya kitalah yang kena "buka pagar" untuk sesuatu majlis kan. nak dijadikan cerita, malam jumaat tu azah tidur lewat sebab tunggu husband balik lewat main badminton. jadi pagi jumaat terlajak tidur bangun lewat, dengan mamai mamai terpaksa juga la bangun sebab ada kerja penting kan.


office kedua azah ni tak official pun, gaji pun tidak dibayar, sekadar tolong seikhlas hati, jadi memandangkan kita kan dah nak dekat pilihanraya, banyak la program program politik yang diadakan. hari jumaat semalam, muktamar politik tempat azah diadakan. azah in charge bahagian pendaftaran. lepas bersiap semua, azah ke sana dengan kawan-kawan azah yang satu kerja dengan azah.


sesampainya di sana, dah lah kita budak baru, pastu kena marah pula dengan pihak lain. asbabnya? asbab tiga-tiga dari kami budak baru. yelah, katanya kalau nak jaga pendaftaran ni sepatutnya ada la orang lama kan. tapi pelik sungguh la, biar jela orang baru pun. kami boleh belajar kan. kalau orang lama takdelah diaorang belajar dah sebab diaorang dah pro. kalau ilmu taknak diturunkan pada budak-budak baru, nak turunkan dekat siapa?


azah dengan bangun lambat, solat subuh lambat, dengan tak makan pagi, dengan air tiba-tiba slow sebab ada paip besar pecah, dengan perut minta diisi, kita datang seikhlas hati, tup tup kena marah, dalam hati rasa nak balik time tu jugak! first impression azah waktu berjumpa dengan dia time tu sangat-sangatlah tak berilmiah tapi takpelah, dia kan orang lama. suka hati dia lah.



hmmm, selepas tamatnya program pagi tu, azah balik rehat. tengahhari tu lepas jumaat pergi sambut birthday anak taska. yelah kan, kita cikgu diaorang, takkan la kita taknak memeriahkan majlis kan. balik sambut majlis tu, dapat tau jiran azah meninggal dunia. so ke sana melawat jenazah, balik tu lepas solat asar, terus ke dobi pula cuci baju. see. banyak sangat aktiviti hari jumaat tu. malam tu dah tak larat dah pergi mana-2, husband je ke rumah jiran sebab ada buat tahlil arwah.



esoknya sabtu, sepatutnya azah kena "punch card" kerja lagi tapi awal-awal azah mengundurkan diri. bukan tak suka meraikan majlis tapi setelah seminggu bekerja, weekend lah hari untuk bersama family. duduk dengan parents dan duduk dengan parents yang warga emas ni situasinya sangat lain. seminggu kurang berkomunikasi dengan keluarga, takkanlah weekend pun kena mengadap kerja kan? time ni lah nak "me-time" dengan family pula.



so, azah nak nasihatkan korang, kerja tu berpada-pada lah. jangan dilupakan family di rumah. lebih-lebih lagi punyai family yang berusia sebab hilang kerja kita boleh cari ganti, kalau hilang keluarga nak cari mana lagi? manfaatkan masa yang ada dengan family. gunakan masa sebaiknya. kerja memang kerja, tapi tanggungjawab terhadap parents kena utamakan ok?




31 comments:

  1. Happy weekend....

    http://byshaz.blogspot.com/2018/03/letih-masa-pregnant.html

    ReplyDelete
  2. Yeessss betul.. Cikyan sokong bila ayat tu, family is everything. Cikyan pon pegang prinsip, family first. Sebab pegi la memana pon, xkn jumpa dah yg sme dgn family kita. Kan kan kan.

    ReplyDelete
  3. Berehat bukan sahaja untuk bersama keluarga...malahan untuk kasihani diri sendiri juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. hari2 keje badan pun nak berehat charging dulu kan :)

      Delete
  4. letihnya bila banyak program. tapi rest di rumah lebih selesa kan sis azah. seronok

    ReplyDelete
  5. Bagus azah kerja kuat.. semoga terus berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq mamapp. keje keje jugak, fam xleh lupa kan mama

      Delete
  6. Yup betul tu.. perlu ada balance dalam kehidupan.. diri sendiri, family, kerja and agama. sebab tu akak suka fikir tak apa penat sekarang nanti kita rehat dekat syurga kalau niat kita untuk Allah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu akak. stuju. kena ada balancing keje dengan fam

      Delete
  7. Yup... setuju sangat... Wee kena adalah waktu untuk family...

    ReplyDelete
  8. Setuju..kesian pulak bertimpa-timpa masalah tapi kata orang sebab nak dapat benda best lepastu kena dapat susah dulu. Maybe lepasni ada rezeki best untuk Azah kot

    ReplyDelete
  9. Betul tu kak Azah! ^^ walau sesibuk mana pun kita dengan hal dunia,jangan sampai abai tanggungjawab dengan family.. because family come first! heheh *Hana yg tak kerja lagi ni pulak yg menyampuk lebih2 heheh :3 nice sharing btw ^^

    ReplyDelete
  10. Setuju sgt tu azah...takkan nak ngadap kerja mnjg, hinggakan famili diabaikan ..huhhhhuuhu

    ReplyDelete
  11. sabar je lah. jgn marah. nanti pahala ikhlas tu dpt kurang pulak. senyum selalu, minta kekuatan dari Allah, insyaAllah..

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. setuju.
      bagi kita pompuan, famili mesti no 1.
      keje no 2.
      lain la lelaki. keje cari rezeki tu adalah keutamaan.

      Delete
  13. sy fhm situasi tu sbb penah kena.. mereka yg ddk dgn fam wpn da kawen sgt beruntung sbnr nya

    ReplyDelete
  14. aida memang weekend khas utk famili.
    weekdays keje. tu dah wajib. tak keje, takde duit :)
    so, weekend kami laki bini elak la utk buat hal-hal keje.
    if perlu, normally aida akan angkut anak-anak.
    sib baik la tak brape byk keje hakiki nak dibuat time weekend.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. weekend ialah family time kan sis aida. jangan buat keje lain dah.

      Delete