Awal Perkenalan Azah dan Suami

Assalamualaikum semua!


terasa nak kongsi tips tips hari bahagia untuk bride to be tapi sebelum start dengan tips-tips untuk bride to be, azah nak share sikit macam mana azah kenal dengan husband dan macam mana boleh terkahwin dengan jiran a.k.a orang kampung sendiri. haha.


kami kenal selepas nenek dia meninggal dunia hujung bulan 11, 2012. kami memang kenal daripada kecil tapi usha usha gitu je. budak budak kan. dulu kenal pun bukannya ada perasaan suka, biasa je kawan kawan kan. pastu lepas seminggu terjumpa di majlis tahlil, dia beranikan dia SMS. waktu tu mana ada whatsapp whatsapp ni. time tu guna handphone corby je. haha. time tengah dia whatsapp tu waktu petang tengah jemur kain luar rumah, pukul 11 pagi, 2/12/12. amboiii detail sangat :p



HANYA DENGAN SATU KIRIMAN SMS

start detik tu mesej la. selepas sebulan bagitahu mak tengah berkawan dengan dia. hehe. ma pun okay je. nak katakan bercinta pun tak kot sebab panggil awak saya je. haha. tapi tulah kan, kalau dah 'berkawan special' ada pasang surutnya. lima tahun kenal berbaik bergaduh berbaik bergaduh berkawan last sekali berkahwin :D


kami seingatnya gaduh setahun lebih. lepas setahun bergaduh, tup tup terjumpa dia dekat masjid kampung kami depan pintu gerbang. malam tu bulan ramadhan.malam puasa yang ketiga isyak dan terawih malam tu, dia imamkan. dan lagi lagi menyentuh jiwa, bacaan surah isyak time tu surah as shams. tu surah pertama dia bacakan untuk azah sewaktu on the phone :(


sebak kemain. time ramadhan tahun 2016 yang lepas kami tengah bergaduh lagi. haha. lepas kejadian jumpa tu, balik dari terawih teringat-ingat. terbawa-bawa. so, beranikan diri call dia tapi ada sesuatu benda yang terjadi lepas call dia, agaknya apa yang terjadi?




malam tu kami hampir berpisah. kami hampir jadi kawan balik. menangis air mata darah pun takkan kembalikan keadaan seperti sebelum tu. sungguh, terbit sayang pada waktu tu tapi apakan daya, dia akan ditunangkan dengan orang lain. takpelah, kita hanya redha. tetapkan dalam hati, mungkin ini bukan jodoh yang terbaik untuk Azah. mungkin akan ada yang lebih baik. lepas on the phone, azah ambil waktu. waktu untuk menyendiri. istighfar balik. yelah nak menyesal pun dah tak guna kan :( so update la status atas tu. hadi dia tahu azah nangis, dia dengar azah teresak-esak tapi apakan daya. dah tak boleh nak buat apa-apa dah sebab semuanya dah terjadi kan. sebelum tidur, satu kiriman whatsapp dihantar. ye, untuk kawan yang bernama hadi. ucapan yang terakhir barangkali dan selepas tu dah takde dah whatsapp dihantar pada "kawan".


azah pun dah menerima segalanya dengan hati yang terbuka. dah takde jodoh. buat apa lagi kita nak meminta kan. takpe, azah fikir, akan ada yang lebih baik akan datang. kalau tak sekarang, mungkin akan datang. tu je azah fikir. azah pun boleh berpuasa dengan tenang jugak. mujurlah time tu, tengah cuti semester so tenang la duduk rumah, boleh menyendiri dalam bilik kan. hehe.


sebenarnya kan waktu hadi nak ditunangkan dengan orang lain, mak azah dah tahu dah. patutlah sebelum tu mak punyalah beria pujuk azah suruh berkawan dengan hadi. suruh rapat macam dulu. yelah kan, hadi ni menantu material mak :P so, sebab tu la mak nak sangat bermenantukan encik hadi kita ni. hehe. beria mak suruh kan, tapi nak buat macam mana. time tu ego. time tu bila dah cakap taknak memang taknak la cerita dia. puas mak pujuk, tapi tetap jugak taknak.


PUASA KEENAM MENJADI TITIK PERMULAAN


setelah istikharah dan berlapang dada di pihak sana, satu kiriman diterima. "saya tak jadi bertunang". Allah. dunia tiba-tiba sekali lagi papppp. eh tapi kenapa aku harus bersedih? kenapa nak nangis lagi kan? kan dia tak jadi tunang. ya Azah sedih. sedih sebab salah Azah ke yang contact dia balik sampai buatkan dia tak jadi bertunang? timbul seribu pertanyaan. huhu.


tapi dia jelaskan satu persatu semuanya pada Azah dan Azah terima segalanya dengan pintu hati yang terbuka. jadi anak anak ummi, cucu cicit ciuk ini cerita tokmi awak tau! andailah tokmi awak tak sempat jumpa awak dekat dunia ni, sekurangnya awak tau macam mana tokmi dapat jumpa dengan atuk awak! hehe. berangan sangat!


so cerita selepas daripada tuuuu ;) tunggu ye! hehe


p/s: kakak yang tak jadi bertunang dengan hadi telah selamat diijabkabulkan sebelum azah dengan hadi berkahwin lagi. :)


Kalau sudi baca, boleh juga baca dari awal

Part 1 : Awal Perkenalan
Part 2 : Pentingnya Restu Keluarga
Part 3 : Dugaan Bertunang
Part 4 : Prosedur Asas Perkahwinan
Part 5 : Majlis Perkahwinan
Part 6 : Pilunya Majlis Bertandang 



11 comments:

  1. "Jodoh tak pernah tersalah alamat." - Pisyek (2018)

    Gitewww... Hahaha.

    Terbaru dari blog: 5 VPS Hosting Murah Malaysia 2018

    ReplyDelete
  2. Mengimbau kenangan lalu la ni ye he he :)

    ReplyDelete
  3. Itulah kalau dah jodoh takkan kemana... Saya pun nak tulis jugalah pasal ni nanti supaya ada kenang kenangan untuk anak cucu baca, hehehe.

    ReplyDelete
  4. @Noor Maizan yuppp. kena tulis. hahaa. nanti boleh anak cucu baca :P

    ReplyDelete
  5. Sweetnya!!! ^^ sama cantik sama padan gitu! heheh ^^ semoga berkekalan hingga ke Jannah~ aamiin :)

    ReplyDelete