Tips Hamil : Susu Kambing dan Kurma

Assalamualaikum semua.


Ini ENTRI PERKAHWINAN atau khas untuk yang BAKAL BERKAHWIN.


Sejuknyaaaa bumi Kelantan hari ni. dari subuh lagi hujan jee. hehe. kalau tidur pun sedap ni kannn :P Okay okay jom masuk topik, bila dah berkahwin ni, tipulah kan kalau tak nak anak. mungkin ada yang merancang, nak tangguhkan dulu, nak honeymoon dulu atau nak kukuhkan ekonomi kekeluargaan dulu kan. so takpe, nawaitu tu semua atas diri masing-masing. bergantung pada masing-masing. bagi Azah, Azah dan husband dah berbincang dah pun kalau diizinkan Allah memang nak rezeki anak awal. lepas dapat sorang, barulah merancang kan? hehe. so dalam tempoh 3 bulan ni. pelbagai cara Azah ikhtiar untuk hamil, bukan rezeki kami nak merasa bunting pelamin. 



ada sepupu suami azah kahwin sama tarikh dengan kami. diizinkan Allah dia dapat baby awal. bunting pelamin. alhamdulilah. kami tumpang gembira cumanya orang sekeliling janganlah asyik membandingkan kami yang belum ada rezeki ni. janganlah jadi makcik pakcik bawang ye. jodoh, ajal rezeki maut semuanya di tangan Allah. kita hanyalah merancang tapi Dia yang menentukan. kalau plan kita A, tak semestinya plan Allah turut A. percayalah, semuanya Allah telah rancangkan sejak kita dalam kandungan ibu lagi. so jangan bersedih ye. in shaa Allah, buat geng Trying To Conceive (TTC), in shaa Allah rezeki anak akan sampai tak lama lagi pada kita. aamiin aamiin. korang doakan kami juga ye mana tau ada kalian yang membaca post ni mulut masin, dapat lah penyeri rumah tangga kami. hehe





okaylah. dalam masa 3 bulan ni banyak yang kami ikthiar tapi belum lekat lagi tapi ada satu bulan tu ingatkan pregnant dah sekali adik P datang la pulak. hehe. so takpe, baru 3 bulan. kita usaha cara lain pulak kan :) jadi, dalam tengah mencari ikhtiar kehamilan ni, azah jumpa la satu video dari ustaz hanafiah dalam youtube. terima kasih ustaz hanafiah atas perkongsian tips macam mana nak dapatkan zuriat. 


berikut azah kongsikan caranya ye. apa yang korang perlukan ialah :


1. Satu liter susu kambing (sebaiknya segar) 
2. Kurma kering dan liat 
3. Blender/ Pengisar  








ni kurma azah. tak kering. tak juga basah. susah nak dapatkan kurma kering dan liat. kita hanyalah ikhtiar sahaja. so, azah hanyalah beli kurma ni dekat kedai biasa sahaja. nak ke bandar, suami kerja kan. azah pula tak berani sangat nak berjalan jauh seorang diri. jadi, azah gunakan apa yang ada di kedai berhampiran sahaja. kita hanyalah ikhtiar kan, selebihnya Allah yang menentukan. kalau yang kering dan liat ni, seeloknya kurma nabi. hehe. azah dapat juga merasa kurma nabi sebab ada makcik pakcik baru balik mekah. dapat tu pun lepas azah dah buat dah susu kambing campur kurma ni. hehe





bahan bahan yang azah gunakan : kurma dan susu kambing.


cara membuat minuman susu kambing + kurma oleh ustaz hanafiah

1. suami ambil segengam kurma
2. isteri  ambil segengam kurma
3. suami isteri berniat dikurniakan zuriat (berdoa bersungguh-sungguh)
4. suami isteri kupas tanggalkan bijik kurma
5. masukkan kurma ke dalam blender *azah guna blender dapur je
6. masukkan susu ke dalam blender *sikit sikit ye jangan bagi tumpah, kalau dah sebati, tambah lagi susu macam tu. jangan terus masukkan 1 liter nanti tumpah
7. bahagikan susu sama rata
8. sedia diminum

** azah guna sukatan untuk sukat 1 liter susu kambing. syukurlah rumah azah dekat dengan penjual susu kambing asli sebab dia pelihara susu kambing. sedap sungguh susu kambing walau tak campur kurma pun! hehe. murah pun murah, satu liter susu kambing hanyalah rm12 sahaja sebotol :) hehe




*masukkan separuh separuh macam ni tau. jangan banyak banyak nanti tumpah naiya je. hehe. bila dah blend, buih akan naik. so risau kalau tumpah nanti bazir. cara dia, masukkan susu 500ml dahulu, blend. lepastu masukkan selebihnya, blend lagi :)*




susu kambing campur kurma siap diminum. sebelum minum, baca bismilah, selawat dulu 3x. seeloknya susu ni habis diminum dalam masa sehari ye. rasanya? sedaaaaaap sangat tapi manis sikit mungkin sebab kurma tu kurma biasa je. hehe. tapi takpe, kurma apa apa pun sedap je. kalau azah memang azah minum je.


**susu kambing campur kurma ni seeloknya dibuat sekali seumur hidup :)



menurut ustaz, ramai dah yang berjaya dengan ikhtiar susu kambing campur kurma ni. jom kita cuba jugak mana tahu ada rezeki kita kan :) macam azah cakap, kita berusaha je, selebihnya Allah yang menentukan. 


selepas korang amalkan susu kambing ni, esok dan seterusnya, jangan lupa amalkan :

1. setiap pagi minum segelas susu kambing
2. setiap hari 7 biji kurma *macam Azah, 3 biji 2 biji 2 biji
3. amalkan surah maryam ayat 1 - 10 *macam azah, suami bacakan sambil usap perut


benda yang baik apa salahnya kita berkongsi kan? azah pun masih mencuba. walau dah tiga bulan kahwin, datangnya adik P mesti kecewa sebab tak dapat lagi apa yang kita cuba usahakan. takpe, Allah akan bagi tapi mungkin bukan sekarang kan. in shaa Allah, nanti nanti ada la tu rezeki kita ye. all the best TTCians :)) 



No comments