Part 4 : Prosedur Perkahwinan

Salam semua.


part 4 azah nak cerikan topik prosedur perkahwinan pulak. nak kahwin mestilah kena lalui banyak prosedur. bukan senang nak kahwin ni tau. hal halal mestilah ambil masa kan :) okay, ni azah listkan prosedur perkahwinan yang asas bagi semua negeri :


1. Kursus Kahwin

waktu azah belajar di kuantan dulu, azah ada mengendalikan satu program kursus kahwin. so alang-alang azah person in charge kursus kahwin, why not kita pun join sama kan. waktu kursus kahwin, azah kena bayar RM50 sahaja. tu range harga 3 tahun lepas. hihi. so azah dah settle kursus kahwin. tinggal hadi je nak masuk kursus kahwin. azah cakap dengan dia "kalau awak nak masuk kursus kahwin, azah boleh temankan" tapi satu kelebihan hadi ni sebenarnya dia dari sekolah arab. jadi kalau students sekolah arab tak perlu dah kursus kahwin. jadi dia hanya perlukan surat pengecualian pra perkahwinan. surat ni kena mintak dengan pejabat agama kawasan masing-masing. okay so settle dah kursus kahwin dua dua pihak.


2. HIV Test




okay, jadi bila azah dah habis praktikal kat pejabat pendidikan daerah, dalam 2 bulan nak kahwin macam tu, kami pergi buat HIV test. proses dia sekejap sangat cuma nak tunggu jawapan positive atau negatif tu yang lama. kihkih. azah pergi dengan hadi je. senang kan buat satu tempat. kalau ada apa-apa masalah, terus doktor referkan pada dua-dua gitu. so far alhamdulilah, keputusannya NEGATIVE. hikhik. kami dua dua negatif HIV. so boleh kahwin yipiee! haha.


proses check HIV test ni simple je. kalau macam azah call dulu tanya sama ada tarikh bila available apa semua. macam azah check HIV pada hari isnin dan selasa sahaja. so bila dah dapat pengesahan dengan nurse melalui panggilan, korang boleh je walk in ke klinik pada tarikh nurse nyatakan.

caranya:

1. Daftarkan pesakit luar di kaunter utama. bayaran RM2 untuk dua orang.
2. Pergi ke unit kecemasan
3. Beritahu nurse nak check HIV
4. Isikan BORANG PERSETUJUAN MENJALANI UJIAN SARINGAN HIV, hantar borang dan tunggu nama dipanggil
5. Bila nama dipanggil, nurse akan buat SESI SOAL JAWAB pasal HIV tau. so prepare jawapan pasal HIV tu apa, HIV berjangkit melalui apa. HIV ni rupanya macam mana. apa awak faham pasal HIV dan lain lain. haa cuak kann. haha
6. Lepas je sesi soal jawab, nurse akan ambil darah sikit je dekat jari tu :D
7. Settle. tunggu keputusan dalam setengah jam - sejam
8. Nurse akan berikan keputusan dan sedikit la motivasi. macam azah nurse bekalkan keputusan dalam envelope supaya senang nak berikan pada pejabat agama nanti. gitu :D 


macam tu. simple je kan :D jangan takut-takut sikit kena gigit macam semut je. hehe. lepas tu dah tak sakit dah. okay now, settle HIV test.


3. Borang Nikah




lepas settle HIV TEST, kita isi borang nikah pulak. macam azah dekat kelantan ni, borang nikah azah dapatkan dengan imam mukim je. nanti imam yang berikan segala borang beserta details apa yang perlukan sekali dengan borang tersebut. haa macam tu. macam azah dengan hadi walaupun kami kahwin sekampung tetapi kami berlainan mukim. untuk borang nikah ni kena alert sikit tau. jangan buat salah kalau boleh, kalau tak faham kena tanya orang yang berpengalaman. okay azah dengan hadi lain mukim kan. so step kami nak siapkan borang nikah ni :


1. suami dapatkan borang dengan imam mukimnya
2. suami selesaikan borang terlebih dahulu
3. suami hantar borang untuk disahkan oleh imam mukimnya
4. selepas dapat kelulusan imam mukim, borang nikah diserahkan pada isteri
5. isteri mohon borang dengan imam mukimnya
6. isteri selesaikan borang
7. isteri hantar borang untuk disahkan oleh imam mukim isteri
8. imam mukim akan hantar borang pada pejabat agama (yang ni lain negeri lain caranya tau

haa simple je kan? memang nampak simple tapi dalam mengisi borang ni, nak sediakan segala dokumen remeh jugak tau. hehe. macam azah dah kematian abah, jadi wali akan jatuh pada abang atau datuk sebelah abah. datuk sebelah abah dah tiada. jadi walinya adalah abang azah. imam mukim azah kata "boleh nak kahwin diwalikan dengan abang tapi azah kena sediakan surat kematian ayah". waktu nak akad nikah, imam mintak satu helaian photostat sijil mati abah. hihi, sebab kami dekat je, so kami hantar borang nikah sebulan lebih sebelum kahwin. suami  pun bagitahu terus imam mukim tempat azah, akad nikah akan diadakan di rumah azah pukul 3 petang. hehe. lepas azah hantar borang nikah pada imam mukim, dalam 2 minggu macam tu, imam maklumkan dah lulus so kami boleh kahwin. yey!



haa senang je kan? bila dah lulus semua, rasa legaaaaaaaaaaaa yang teramat sangat. hihi. alhamdulilah semua urusan dipermudahkan. next azah nak ceritakan part last dah :) tungggggu ye.



Kalau sudi baca, boleh juga baca dari awal

Part 1 : Awal Perkenalan
Part 2 : Pentingnya Restu Keluarga
Part 3 : Dugaan Bertunang
Part 4 : Prosedur Asas Perkahwinan
Part 5 : Majlis Perkahwinan
Part 6 : Pilunya Majlis Bertandang 



16 comments:

  1. Berdebar pulak makin nak dekat hari ni, hihihi. Kami dekat kedah apply borang online, alhamdulillah rezeki dapat jodoh senegeri senang proses sikit, haha.

    ReplyDelete
  2. Wahh.Ggood info untuk orang yang mahu berkahwin kak. Yang mengenai mukim tu mmg kena alert betul2x sebab cam akak kata, walaupun sekampung tapi berbeza mukim. Terbaik kak. :)

    ReplyDelete
  3. Banyak betul prosedurnya heehhe ^^ Takpe lah janji dah settled semua dan bahagia hingga ke akhir hayat! :) Lepas ni nak cerita pasal apa pulak ye?

    ReplyDelete
  4. Moga dipermudah dan dilancarkan segala urusan Azah dan pasangan!

    ReplyDelete
  5. Info yang bagus ni untuk yang plan nak kawin.

    ReplyDelete
  6. @Noor Maizan untungnyaaaaa apply borang online. hahaa. azah kena ke sana sini uruskan borang nikah :D

    ReplyDelete
  7. @galaksi viral hik. betul betul. isi tu mudah je tapi jangan ambil mudah :)

    ReplyDelete
  8. @Mizz'strawery Smile betul. banyak prosedur nak halal ni. haha. lepas ni tunggguuuuuuuuuuu :P

    ReplyDelete
  9. Panduan kepada bakal2 pengantin dan yang nak jadi pengantin lagi.

    ReplyDelete
  10. @Warisan Petani betull. hehe. panduan buat sesiapa nak kahwin :D

    ReplyDelete