Perbelanjaan Kahwin Sederhana

Salam semua.


Waktu kahwin saya salah seorang pasangan yang mengamalkan kahwin bajet. kalau ikutkan azah nak majlis kahwin rumah azah sehari. majlis bertandang rumah dia sehari. settle. lagi best kalau pagi akad nikah rumah azah, tengahhari bersanding rumah azah dan malam tu terus majlis bertandang rumah pengantin lelaki. simple je kan. haha. tapi nak buat macam mana, kehendak azah tidak dipersetujui.ramai yang berpendapat nak jugak buat hari lain-lain kan. so takpelah, kita ikut je macam mana. azah nak permudahkan sebab taknak la susahkan ramai pihak kan. hehe.


So alhamdulilah syukur, dengan sekali lafaz, sah la ikatan halal kami berdua. Syukur. Terima kasih banyak2 terutamanya pada family saya dan family mertua sebab banyak membantu hulurkan idea, hulurkan kewangan, bagi moral support dan sebagainya.


Lets go through with our financial during walimah saya baru-baru ni :D


1. BAJU KAHWIN






baju akad nikah azah :) terima kasih Imah sebab buat story. heheh. ada juga kenangan :P


kalau ikutkan saya nak buat dalam masa sehari je memandangkan kami dekat. nak save cost dan nak save penat tapi lepas dapat pandangan daripada family so go on juga dengan majlis 3 hari. jadi usha punya usha kat facebook dapat la beli kahwin murah murah je. hehe. baju akad nikah free je sebab termasuk dalam pakej pelamin. Baju sanding  L & P = RM330 all in. Baju bertandang L & P pula = RM240 all in. Tudung saya beli tudung chiffon dan tudung satin tebal. cantik terbentuk. RM30 dua helai. Shawl bertandang guna apa yang ada dalam wadrobe je. kasut kahwin pulak beli dari bridal jugak. RM35 sepasang. syukur alhamdulilah, settle bab baju kahwin.

TOTAL = RM635 all in



2. BUNGA TANGAN

for me, biar murah asalkan ada. ikutkan hati nak je saya beli bunga dan DIY tapi bila tengok balik bajet bunga sejambak pun alahai melayang duit rasanya. haha. why not terus beli je. so one day, saya terjumpa la sorang seller dia nak clearance barang pelamin dia. usha punya usha bunga tangan dia jual harga RM20 je. syukur. terus saya beli. sebab kalau nak sewa bunga hantaran saya usha usha ada lah around RM30 and plus plus tauuuuu. so saya guna bunga tangan ni untuk ketiga2 majlis. phewwwwww, jimaaaaat. hehe.

TOTAL = RM20



3. BARANG HANTARAN




*barang-barang par, ada lagi tak cukup lengkap. hehe*

memandangkan saya memang bajet nak kahwin awal so waktu saya belajar di Kuantan lagi saya dah planning setiap bulan saya akan beli 1 barang hantaran kahwin. bahagian saya, saya beli barang saya dan barangan si dia, si dia beli barang dia sendiri. hantaran saya 7 berbalas 7. konsep saya biar murah asalkan ada. kena kekalkan konsep tu kan. hehe


par hantaran sebelah saya:
- handbag RM50
- jam tangan RM70
- coklatferore rosher RM70
- buah-buahan (sepupu saya sponsor)
- kasut RM30
- buku RM49.90 & kain sepasang (family husband sponsor)
TOTAL = RM269.90



4. PAR HANTARAN

seller yang sama jual bunga tangan, dia letgo juga bunga yang bertangkai tu. dekat atas tu par hantaran yang DIYkan guna bunga bertangkai tu. syukur again 5 kuntum = RM2. so saya beli 21 kuntum untuk 7 dulang total RM8. alas dengan bantal polistrin tu kain 4 meter = RM10 je. seller yang sama juga. harga menangis kan? survey dekat luar bunga 10 kuntum pun ada RM17+ kan. kain 1meter pun ada RM4+. bantal polistrin tu pula saya beli di area kota bharu berdekatan bulatan jam, banyak kedai jual barangan kahwin situ, saya jumpa satu bantal polistrin RM2 satu. saya beli 6 bantal , total RM12. yang dulang hantaran silver tu, saya guna yang tunang haritu je. pistol glue, gunting, stapler saya guna seadanya je apa yang ada di rumah.

TOTAL = RM30



5. INAI

gigih berinai. blend je daun inai. hihi



saya tinggal kat kawasan rumah kampung. syukurlah belakang rumah ada pokok inai, jadi saya inai hujung jari je. hehe. pastu inai ni pulak mak yang pakaikan. hihi. terima kasih mak!

TOTAL = FREE



6. GOODIES

masuk bab "siso" ni pun saya DIY juga. saya beli ziplock paper craft 450pcs = RM163 (inc postage). syukurlah ada seller yang jual ziplock ni serendah 30sen! heheh. saya survey punya survey jumpalah yang murah. pepandai la korang survey harga termurah eh. pastikan trusted seller! untuk print sticker , azah kena cas RM10. untuk makanan dalam tu pula saya borong kekacang je. kos kekacang yang habis RM350


goodies saya ada 2 pattern, satu saya diykan sendiri. yang second abang saya buatkan 500 pcs. total goodies 950 pcs. banyak kan? hihi. nasib baik ada standby lebih sebab waktu saya kahwin almost 800 orang yang hadir. syukur sungguh ramai yang datang meriahkan majlis kahwin saya. terima kasih ye :)

goodies lain saya sediakan untuk tukang masak, tulang belakang majlis dan makcik macik yang bermahaban. saya peruntukan dalam RM120, saya beli kain tuala, sudip dapur, air kotak dan biskut. dalam beg jugak, saya gabungkan dengan pek kekacang. hehe.

TOTAL = RM643


7. KAD KAHWIN




kad kahwin azah yang cantik ni, disponsor sepenuhnya oleh kakak ipar sulung azah. azah tunjukkan design yang azah berkenan dan kak zaira buatkan ikut kehendak azah. cantik sungguh! ramai orang puji cantik dan simple. atas tu kad kahwin azah ;) cantik tak? hehe

TOTAL = RM0



8. MAKANAN

untuk lembu, ayam dan ikan tongkol, semua disponsor oleh abang sulung azah. total around RM5000. terima kasih untuk abang dan kak zaira. hari akad nikah tu pulak, abang kedua azah sponsorkan daging kambing RM800. banyak sungguh modal yang mereka keluarkan untuk menyambut adik ipar baru diaorang ni. terharu rasanya. barangan asas makanan yang lain azah peruntukkan dalam RM1500. musim azah kahwin, musim deepavali. of course barang mahal tapi takpelah majlis kita seumur hidup je kan :) tutup mata je ambil barang pastu bayar. sekarang kan, mana ada barang murah.


TOTAL = RM7300



9. KHEMAH & PERALATAN

untuk khemah, terima kasih untuk abang azah nombor 4. pada awalnya azah nak gunakan khemah yang lama je. dulu kami adik beradik dan abah ada buka sewaan khemah kenduri dan kerusi kenduri, selepas abah meninggal tahun 2006, sewaan untuk majlis kenduri dah makin slow. dah tiada siapa nak uruskan, jadi khemah hanya terbengkalan macam tu sahaja. bila tibanya tiga hari nak majlis, buka khemah tu. alamak kain khemah dah rosak teruk, koyak sana sini. khemah ada dua, satu yang rosak. jadi guna yang kecik je. fikir punya fikir, rasanya tak muat hanya memperuntukkan satu khemah kecil kan? jadi terpaksalah cari iniaitif dengan menyewa khemah.


TOTAL = RM320



10. PELAMIN



azah dapat pelamin yang cantik, sesuai dengan bajet azah hanyalah rm500. termasuk dengan bantal pengantin dan payung pengantin, total RM550. deposit azah bayarkan sendiri RM200. selebihnya abang azah nombor 5 topapkan lagi RM350

TOTAL = RM550



11. PHOTOGRAPHER

abang azah nombor 6 dan abang sulung yang shootkan. terima kasih buat abang berdua. abang azah ada canon dan DSLR sendiri. ada juga la belajar shoot shoot, malah abang azah nombor 6 pernah jadi photographer wedding. so syukur boleh cut bajet hire photographer dah kan. hehe.

TOTAL = RM0



12. PERSIAPAN AWAL

alhamdulilah, dua bulan sebelum majlis, rumah kami bertukar warna. terima kasih abang azah nombor 2 yang sponsor cat, berus dan lain-lain alatan mengecat. abang azah sendiri jugaklah mengecat rumah kami. terkadang, kalau azah free azah tolong mengecat jugak. pastu pulak memandangkan azah dapat bilik baru kan? jadinya azah beli barangan bilik seperti katil + almari, total RM1400


TOTAL = RM4400+



13. PA SISTEM

sepanjang majlis, ada juga lagu dan alunan nasyid kendengaran. alhamdulilah. lagu pun biasa-biasa sahaja. waktu ketibaan pengantin, mak azah dan kumpulan nasyid ada dendangkan marhaban pengantin. Allah. sebak sangat waktu tu. waktu kita dekat atas pelamin, mak sendiri yang alunkan nasyid. sebak weh sebak :(( alhamdulilah jugak untuk PA sistem ni disponsor oleh keluarga besar azah.

TOTAL = RM0



rasanya cukup sekadar tu sahaja kot. jadi bila tambah tolak segala totalnya RM14K plus. bila tengok angka tu, cukup banyak jugak habis perbelanjaan azah baru-baru ni. kami amalkan kenduri secawa rewang. rasanya tu dah cukup cut bajet sangat-sangat dah kan? hehe. alhamdulilah. doakan hubungan kami kekal bahagia hingga ke syurga Allah ye. ni adalah bajet perbelanjaan kahwin azah. sekadar panduan andaikata ada yang nak berjimat macam azah jugak :) kalau ada nak tanya apa-apa, sudikanlah tinggal komen ye. in shaa Allah, kalau mampu azah jawabkan.


p/s: kalau ikutkan sebetulnya untuk perkahwinan habis tak sampai RM10K pun sebab apa yang azah listkan kat atas ada yang tak berkaitan pun. hehe. macam persiapan rumah hampir mencecah RM5K  tu kan :)


p/s/s: harap takde la ye yang jadikan isu ye sebab ni blog azah. tak suka tak payah baca. bukan nak menunjuk. lilahitaala. azah hanya niat nak berkongsi dan nak dijadikan panduan untuk kalian dan diri azah sendiri untuk masa depan. yelah. nanti ada anak cucu boleh la tunjuk betapa bernilainya duit tahun menjelang 2020 ni kan. kalau azah dah takde pun, ada juga blog yang boleh ceritakan pada anak cucu kelak :) sekian.


14 comments:

  1. Wah!! mudanya akak kahwin ^^ heheh Semoga berkekalan!!! Btw cantik pelamin! :)

    ReplyDelete
  2. @Mizz'strawery Smile aah hana. akak kahwin muda. hehe. terima kasih hana :D aammiinn ya rabbal alamiin

    ReplyDelete
  3. Tahniah ye selamat pengantin baru. Mama setuju sgt tak perlu berhabisan utk.majlis kahwin. Dah kahwin nanti.boleh juga guna duit yg dijimatkan tu

    ReplyDelete
  4. Tahniah Azah dah kahwin! Barakallah.. :) Sinple dan sederhana jee! hehehe tahu tak ni siapa?? 😉

    ReplyDelete
  5. @mamapp terima kasih mama pipi. mama doakan perkahwinan azah kekal hingga ke syurga Allah ye. aamiin. betul tu mama. selagi berjimat, jimatlah. tak perlu habiskan banyak duit kan :)

    ReplyDelete
  6. @Sharifah Aida Hana terima kasih kak aida. yup dah kahwin dah. hehee. azah kenal la siapa kak aida ni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe nak reply kat sini, dekat blog akak tak leh nak reply.. mana ada akak hott KPMIM 😜 hahaha.. btw thank you azah sudi follow blog akak 💖

      Delete
  7. Allahurabbi..seronok baca.. cikyan suka yg simple mcm ni.. biar simple, tapi berkat...semoga nnti perkahwinan cikyan pun simple mcm ni jugak...pling cikyan nak adalah keberkatan... tu pling penting... biar simple takpe.. tabik la kak !

    ReplyDelete
  8. wahhhh tahniahh kak azah! huhu cantik nyaa pelamin tuuu. simple tapi nampak mcm gaya urban camtuu. cantik! suka suka! kad kahwin pon cantik! huhu kahwin muda ke? family lisa pon semua kahwin muda. tinggal lisa dengan abang je. haha apepon, tahniahh sis! semoga kekal till jannah :) btw nak tgok gambar kahwinnn😂😂😂

    ReplyDelete
  9. @Sharifah Aida Hana laaa nape blog akak takleh reply? cuba adjust setting balik :D

    ReplyDelete
  10. @Nur Azian Jaafar betul2. biar simple tapi berkat. hehe. yang penting, berita gembira kita nak sampaikan pada orang tu, orang dapat :) kan kenduri kahwin tujuan kita hebahkan pasal ikatan halal kita untuk elakkan fitnah. hihi

    ReplyDelete
  11. @maryam nurkhalisah ha ah. nampak macam urban kan? hahaa. biar simple dik pelaminnya asalkan ada tuannya. hahah :D ha ah. akak kahwin muda. kahwin umur 21. ni umur 22 dah :D hihi

    ReplyDelete
  12. Alhamdullilah. Perkahwinan itu mudah sebenarnya kan :) Baca entri Azah ni buatkan Siqah nak up juga entri mengenai majlis perkahwinan. Beriya dulu nak buat entri satu demi satu tapi sampai sudah tak buat jugak. Selepas 3 tahun. Haha.

    Bestnya pakai inai kampung. Lama dah tak jumpa inai gitu .

    ReplyDelete
  13. @Siqah Hussin hehehe. up laa sis. kami boleh baca ramai2 :D ha ah kan. inai kampung je. tahan lama, kihkih

    ReplyDelete