Part 2 : Pentingnya Restu Family

Assalamualaikum semua! salam jumaat yang barokah. korang lunch apa? harini azah buat ikan tongkol pedas, ikan goreng, budu campur tempoyak, air asam. pheewww. sodappp sungguh!



dah baca ke part 1 pasal perhubungan kami pada awalnya? kalau belum klik SINI ye. kalau tak baca kat sana, tak akan faham apa azah nak cerita lepas ni. kikiki. kononya cerita complicated la sangat kan :D haha. okay okay, kami start berbaik waktu bulan puasa 2016. semuanya okay la kan hubungan tu tapi banyak sangat cabaran yang kami lalui. salah satunya, macam mana cara nak bagitahu mak dan wali serta abang abang nak kahwin. yelah, time tu muda sangat. bukan senang nak lepaskan anak bongsunya ni "pergi" ke tangan orang lain. adik perempuan sorang pulak tu, bukan senang la kan abang abang nak lepaskan.



sebenarnya sebelum azah betul betul serius dengan hadi tahun 2016 tu, setahun sebelum tu tahun 2015, bulan 9 tak silap. waktu petang tengah lipat kain. azah ada berbual dengan mak azah. yela kan, time tu dah nekad dah. taknak couple couple lagi dah. nak kahwin je terus. taknak fikir fikir pasal lelaki lagi dah. lepas habis belajar, nekad nak kahwin dah. tak kisah apa korang kata dah sebab kita nak cari keredhaan Allah, nak selamatkan diri dari terus tak jadi budak baik kan. ada di SINI azah ceritakan pasal keseriusan Azah taknak libatkan diri dengan lelaki yang tak halal lagi dah.


RESTU FAMILY




azah: ma, kalau adik nak kahwin lepas habis belajar boleh tak?
ma: dengan siapa, hadi ke?
time ni dah bergaduh dan tak bertegur sapa dengan hadi. kononnya bergaduh la kan. hihi 
azah: tak la, dengan sesiapa yang masuk meminang lah.
ma: ada ke orang nak dekat adik?
azah: maaaaaa (dua dua gelak, hahaha)


lepas Azah dah start serius dengan hadi tu, time tu tahun akhir belajar. sikitttt je lagi kan nak habis. hehe. then dalam tempoh nak habis belajar tu, fikir punya la fikir, macam mana la nak bagitahu wali dulu. wali azah, abang sulung azah sebab abah kan dah meninggal :') . azah ingat lagi, time tu weekend, dengan suhaila dan farah nak berjalan jalan ikut abah suhaila ke pantai di kuantan. time tu ada wedding. so pagi tu beranikan diri  whatsapp personal dengan abang sulung. panjang azah hantar mesej! dengan muka tak malunya kan. haha. yelah, biasanya hantar whatsapp kat abang nak minta duit belanja je. hihi. ni mesej personal kat abang tiba tiba nak kahwin. macam mana tak terkejut katakauu! haha



pastu dalam masa setengah jam kot, abang azah baca. dia bagi bluetick je. ingatkan dah taknak izinkan. azah tengok je bluetick abang dengan rasa berdebar-debar. sungguh iols nervous! haha. tunggu punya tunggu. tak reply. mungkin abang sibuk kot jadi azah pun diam je. hehe. sekali sejam lepas tu, whatsapp bunyi TING! haaa. abang azah reply mesej! haaa terkojottt eden! eh nak baca ke tak. nak baca ke tak. takutnyaaa. eh eh eh. haha. terus suruh suhaila bacakan mesej tu.


azah: su tolong azah, bacakan mesej apa abang azah hantar tu! takutnyaaa.
su: meh su bacakan
..................
..................
..................

su diam membisu. baca je dia dalam hati.
azah: su macam mana? abang azah bagi ke tak?
su: abang azah cakap *time ni azah cuak gila!* abang azah cakap ok je, green light!
azah: yeke su? tengok tengok mesej tu


memang betul green light! alhamdulilah. hihi. sangat sangat abang permudahkan. jadi berlalu la hari hari lepas tu dengan tenang. mak pun dah lama dah tahu kan. yelah. mak jugak yang beria pujuk pujuk sebelum ni. haha. mulanya taknak, jual mahal la konon, sekarang ni dah kahwin eh melekat 24 jam puloks! hahaha. wali pun dah tahu time tu. hihi. lepas azah habis belajar, azah dapat latihan industri dekat pejabat pendidikan daerah tumpat.


bulan kedua jadi budak praktikal tu, abang azah whatsapp group family "cuti sekolah bulan 3, semua balik ye, 18/3 kita buat pertunangan adik"


tu diaaaa, terus bagitahu dalam group family. haa terkojot satu family yang lain sebab ada abang azah yang belum tahu pasal hubungan azah dan hadi. yelah kami kan duduk sekampung, rumah dekat pulak tu jadi tak expect la yang adik diaorang akan kahwin dengan kawan diaorang sendiri. hihi. syukurlah semua boleh menerima dengan baik. dan biasa la kan kalau ada rintangan tu. hehe. time abang bagitahu tarikh tu, 2 minggu sebelum majlis pertunangan azah dan hadi. kira azah ada masa 2 minggu je nak settle barang pertunangan.


MALAM PERTUNANGAN PENGIKAT HATI


18/3 tu sebenarnya dalam masa yang sama majlis persandingan sepupu rapat Azah, namanya Aishah. memandangkan time tu je abang azah free jadi takpelah, buat malam je la kan. sebab majlis pertunangan aje dan bukannya kahwin pun lagi. hehe.


malam 18/3 kami ditunangkan dalam majlis yang serba ringkas. azah pakai baju kurung moden labuci hijau campur cream. hadi pakai baju kemeja berjalur hijau. sesuai la kombinasi kami lawa dan smart. eceh sangat! haha. 5 berbalas 6 dulangnya. asalnya dulang nak buat 5 vs 5 je, tapi pihak sana ada tersponsor satu dulang. hadi pun lambat bagitahu azah, jadi takpelah. dah orang sponsor kan. terima je lah. hehe. lagi pun dulang ni adat melayu je pun kan?



terima kasih pada yang tukang sponsor par pertunangan, angah dan kak yana. yang tukang makeup kakak ipar, kak zaira. geng gotong royong masak masak untuk majlis azah. terima kasih semuanya ye! majlis pertunangan azah takde pelamin. inai pun tak pakai. hehe. lauk pun serba ringkas. tetamu pun tak ramai. tetamu ni terdiri dari kalangan family azah sendiri je. kawan-kawan azah pun tak tahu menahu azah tunang malam tu. maafkan azah ye, bukan taknak bagitahu tapi azah tak suka heboh-hebohkan sebab tunang je kan, macam-macam boleh jadi. lagipun yang lebih baik RAHSIAKAN PERTUNANGAN , HEBOHKAN PERKAHWINAN kan? jadinya, sebab tu la azah taknak bagitahu dulu kawan-kawan. time tu azah pikir, azah akan bagitahu jugak tapi tak waktu tu.


LAST MINUTE CARI CINCIN


time hari pertunangan tu kan, nak dijadikan cerita. cari cincin last minute pulak! sebab mulanya azah pikir tak payah lagi la kan cincin. sebab baru bertunang, nanti kahwin beli la dekat dia satu cincin untuk azah sarungkan nanti. mak azah pun macam setuju. so pada hari kejadian, wakil cakap sebelah azah datang tengok persiapan majlis kan. pastu dia cakap, kalau ikutkan kena beli jugak cincin. sebab boleh abang azah sarungkan malam tu. jadi fikir punya fikir, takpelah beli la sebentuk cincin dekat dia. hehe. dua minggu sebelum majlis dia dah belikan cincin untuk azah, last minute pergi cari cincin untuk hadi pulak. so tengahhari tu merempit (motor asing-asing tau, hehe)  la kami ke kedai emas berdekatan. asbab nak sarung cincin punya pasal kan. haha. jadi beli la satu cincin dekat dia. cantikk. dia pun berkenan yang tu. kita takpalah, dah dia berkenan. kita bayarkan jelah :D





seee sempat bergambar di kedai emas kan. time ni last minute cari cincin tu la. tengahhari. time ni status bujang lagi. haha. malam tu dah bertukar status jadi tunangan orang! tak tunang, tak rasa la dugaan bertunang kan? agaknya dugaan apa la ye yang azah hadapi sewaktu bertunang ye? nanti azah sambung kemudian hari pulak! :D





Kalau sudi baca, boleh juga baca dari awal

Part 1 : Awal Perkenalan
Part 2 : Pentingnya Restu Keluarga
Part 3 : Dugaan Bertunang
Part 4 : Prosedur Asas Perkahwinan
Part 5 : Majlis Perkahwinan
Part 6 : Pilunya Majlis Bertandang 


No comments