Kehidupan Suri Rumah Tangga

BEING A HOUSEWIFE IS NOT EASY AS EXPECTED


maaf atas penggunaan 'aku' dalam entri ni. salam semua! moga sihat hendaknya. alhamdulilah hari ni genap 3 bulan kami kahwin. dan lebih kurang 7 bulan jugak aku housewife sepenuh masa. tau tak dulu sebelum kahwin, aku selalu jangka, weh bestnya jadi surirumah. nak bangun tidur pukul 12 pun tak kisah. nak masak tak sedap pun takpe. taknak mandi awal pagi pun takpe. nak buat apa pun bebas sebab rumah aku, suka hatilah aku lah kan. tapi lepas kahwin, bila aku dah sepenuh masa jadi isteri. sepenuh masa jadi surirumah tangga. apa aku expect semuanya hilang weh! hahaha.



kalau korang kerja ada cabaran, ada masalah, ada dugaan. surirumah tangga pun ada masalah jugak. ada cabaran jugak. ada dugaan jugak. pendek kata, fair and square. kau kerja, kau ada masalah. aku tak kerja, aku pun ada masalah. dulu aku sempat merasa 3 bulan jadi budak praktikal. kerja aku ahad - khamis waktu office hour. khamis pukul 330 balik. nama je budak praktikal, tapi kerja aku, semua tugasan kerani aku tahu. semua masalah dekat front desk aku tahu. pertukaran sekolah aku pandai. jumpa cikgu cikgu aku boleh bergaul. buat phone call semua sekolah aku pandai bercakap. tanpa segan silu. ada kerani sekolah tu dah kenal aku sebab bila call mesti suara aku je yang dia dengar. tu dekat front desk. pasal akaun pun aku ambil tahu. kena tolong kerani akaun buat ABM. satu pengalaman indah aku duduk di Pejabat Pendidikan Daerah tapi mungkin nasib aku belum baik, aku tak dapat pun tawaran jadi guru ganti mana mana sekolah, takpelah. mungkin ada rezeki lain. lepas tu, aku sempat kerja jadi kerani akaun di salah satu pasar raya tapi kejap je sebab aku tak tahan kerja dengan suasana suram dan persekitaran yang tak sempurna.


tambah tambah alasan kuat aku berhenti kerja dekat pasar raya tu sebab aku dapat tawaran kerja lain tapi bila aku letak jawatan situ, mak aku tak izinkan kerja jauh jadi takpelah. aku pun kesian tengok mak aku duduk sorang je. kerja situ aku balik petang. keluar pagi. office hour standart lah 10 pagi - 6 petang. so aku balik je kerja mak aku selalu cakap mak aku sunyi duduk sorang. kalau nak cakap pun cakap dengan kucing je. aku ni mudah terharu. so takpelah, aku ambil keputusan yang sangat besar, aku nak jaga mak aku je sampai akhir hayatnya. takpelah aku korban kerjaya aku demi mak aku. 3 tahun aku berjauhan pun aku sedih je selalu dok teringat kat mak kat rumah.


sebenarnya aku dari kecik dibesarkan dengan bawah ketiak mak dan abah dah pun. lepas aku sekolah rendah, aku dapat tawaran MRSM di Kedah. memang jauh dan aku ikut cakap mak aku, aku belajar je sekolah biasa dekat kawasan rumah aku. alhamdulilah jadi orang jugak dapat jugak la pegang diploma selama 3 tahun belajar dekat pahang. aku pernah cerita kan yang dulu aku ada cerita kat mak aku, kalu tengah berkawan dengan hadi. so, waktu aku dalam belajar diploma, mak aku selalu cakap, terima la hadi. kita nak tumpang agama dia, nak tumpang dia sebab dia boleh jadi imam dekat depan. nak tumpang syurga esok-esok ni mudah. aku tengok mak aku berkenan sungguh dengan suami aku ni. jadi aku pun takpelah, prinsip aku nak senangkan hati mak aku. alhamdulilah sekarang aku pun dah kahwin dengan hadi, lelaki pilihan mak aku. aku sekarang pun dah bahagia dengan hadi. alhamdulilah


aku sekarang sebenarnya dalam perancangan nak sambung belajar degree dan dalam masa yang sama nak cari kerja jugak. rancangan aku nak kerja sambil belajar degree dengan PJJ. in shaa Allah kalau ada kesempatan, aku akan buat jugak tapi sekarang aku kena fokus mak aku dulu sebab mak aku sekarang bukannya sihat mana pun. korang yang baca ni selalu doa mak aku sihat tau. percayalah cakap aku, bila kau ikut cakap mak kau, kau teruskan hidup kau dengan redha mak kau, in shaa Allah, Allah akan permudahkan segala kehidupan kita dengan mudah. macam aku, alhamdulilah rezeki aku tak pernah putus. walau husband aku kerja sorang, aku jual kecil-kecilan je, alhamdulilah rezeki aku selalu ada.


jauh dah menyimpang, sebenarnya aku nak cerita pasal surirumah je tapi cerita macam kehidupan aku je. haha. so macam aku cakap jadi surirumah ni tak sesenang yang kau jangkakan sebab banyak benda yang kau kena pikir. aku ni belum ada anak tapi penat jadi surirumah aku dah rasa dah. aku betul betul respect surirumah SEPENUH MASA, aku respect jugak surirumah PART TIME + bekerja. dua dua aku respect sebab aku dah alami dalam dua dua keadaan.



waktu pagi lepas bangun subuh kalau aku tengok bakul laundry dah penuh, aku akan start basuh kain. kalau tak penuh lagi, so takpe. aku tunggu 2-3 hari sebab jenis aku, kalau sikit je dalam laundry aku tak basuh. tunggu penuh dulu baru start on washing machine. lepas washing kain, dry kan. lepas dry kan, letak dalam bakul. tengok ampaian dulu. kalau ampaian penuh, aku akan amik dulu yang dah kering, letakkan dekat satu tempat.so yang basah tadi  sangkut la satu persatu. lepas sangkut, aku lipat pulak ikut kategori baju. lepas lipat susun susun dekat almari. sungguhlah, penat sungguh uruskan kain.


lepas tu, aku akan pikir suami aku nak makan apa harini. kekadang dah dua hari aku masak pagi, hari ketiga aku akan beli je nasi bungkus yang dah siap. kuih kuih. beli je dekat kedai sebab kedai dekat. kalau time rajin tu kekadang setiap pagi aku goreng kueteow, nasi goreng. lepas tu aku rehat kejap kejap. pukul 9 kejutkan suami aku bangun mandi. suami aku kerja hari-hari, timing 10 pagi - 10 malam. so 9 pagi tu kejutkanlah dia bangun mandi. lepastu aku dah siapkan dah baju mana nak pakai, seluar mana, pakaian dalam apa semua.





settle pagi tu, tengahhari aku masak pulak. tak kisah la. apa yang masuk dalam kepala otak aku, semua aku masak. kalau sedap syukurlah. kalau tak sedap, aku pulak complain, eh terlebih garam la. terlebih manis la. suami aku, dia baik je. sungguh aku puji suami aku. dia makan je apa aku masak tanpa dia complain. apa aku masak, semua dia okay. walau bagi aku kurang, tapi dia selalu puji masakan aku. tu kalau dia lah, kalau orang lain yang makan makanan aku yang tak sedap? siap kutuk lagi. serious la weh. sedih tau. masak penat-penat tapi tak hargai pun. apa salahnya makan jelah walaupun tak sedap kan. huhu. sedih tau penat masak tapi kutuk cakap tak sedap. aku pun dah setiap hari masak, jadi dah jemu tak tahu nak masak apa. idea tetiba jadi kurang. haha. mujur la aku ada group Masak Apa Hari Ni dekat facebook. boleh jugak aku ambil panduan nak masak apa kan. pukul 130 dia balik makan, pastu kami solat zohor berjemaah kalau sempat sebab hadi ni kekadang akan ada jumpa dengan pelanggan dia, so kalau dia tak busy sempat la kami berjemaah dalam sehari tu.



petang pulak terkadang aku sapu sapu rumah atau aku sapu kawasan luar rumah. aku duduk kampung je, so bakar sampah depan atau belakang rumah je. pukul 630 dia akan balik. time ni aku just hidangkan buah buahan atau kalau dia nak ratah lauk tengahhari pun aku ikut je. kalau buah, aku potong-potong dulu. so nanti dia akan ambil makan je. malam pukul 10 dia balik, aku goreng benda ringan. samaada sosej ke, nugget ke, fries ke. keropok ke. benda macam tu je. terkadang, kalau aku dah penat sangat, aku suruh dia goreng sendiri. atas tu gambar aku goreng waktu waktu malam. hehe. terima kasihh suami, layan je kerenah isteri awak ni. hihi


malam tu pula, pukul 12 barulah boleh lelap mata. lepas penat basuh pinggang periuk yang masak apa semua. tu belum lagi part kemas rumah, tukar cadar, pasang langsir, basuh toilet. huhu. sungguh dulu waktu aku student tidur pukul berapa pun aku okay, paling lambat pukul 5/6 pagi aku masih on lagi. masih larat lagi. bila kau dah jadi isteri orang ni, pukul 11 terkadang aku dah mengantuk dah. dah tak boleh bukak mata sampai pukul 3-4 pagi macam dulu-dulu. pendek kata kehidupan berkahwin ni kau akan berubah 99 darjah. haa. cubalah tanya mak kau macam mana dia kahwin. haha. aku dah kahwin 3 bulan so aku merasa apa orang rasa. tu kalau kehidupan aman harmoni, terkadang kalau ada bergaduh dengan suami tu. hihi. adat la kan kalau bergaduh tu. orang cakap, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. gitu. haha


so aku pun dah penat bebel sebenarnya. bukan bebel tapi berkongsi. apa yang baik kau ambil la, apa yang kurang kau jadikan pengajaran okay. apa aku nak simpulkan dekat sini, kau kerja ke, kau tak kerja ke, usahlah bergaduh sebab dua dua sama je weh. aku dah ada dalam dua dua situasi, so aku dah reti nilai macam mana. ni aku belum ada anak. kalau dah ada anak nanti. haa? korang doakan eh moga moga cepat la kami dapat baby okay? aku suka budak. aku yakin Allah akan kurniakan baby pada kami jugak, kalau tak sekarang mungkin nanti kan sebab kita kena letakkan satu perkara, kita merancang, Allah tentukan. okay? jumpa lagi nanti :) wasalam.



No comments