Cara Masukkan Duit ke akaun Tabung Haji

salam semua


minggu-minggu lepas, husband cuti. husband kerja setiap hari, takde cuti. so alang-alang dah cuti, kita manfaatkan masa yang ada jalan-jalan, selesaikan urusan yang tertangguh. alang alang ke bandar, teringat untuk masukkan duit ke dalam tabung haji. dah daftar haji jadi kena la pulak kumpul duit kan nak pergi tunaikan haji. hehe. in shaa Allah, kalau diizinkan dapatlah kita jejak kaki di tanah suci Mekah. in shaa Allah aamiin. nanti azah share macam mana nak daftar haji pulak ye di lain entri.


okay, jadinya harini nak share cara masukkan duit dalam tabung haji. pertama sekali korang kena ada buku bank tabung haji. untuk buka buku tabung haji, kena bawak kad pengenalan dan duit minima yang nak dimasukkan sebagai permulaan akaun. 


okay bila korang dah ada buku akaun TH, lain masa korang boleh je masukkan duit samaada melalui kaunter TH ataupun melalui bank in/transfer. nanti azah ajar ye cara transfer. untuk kali ni azah ajar dulu cara masukkan duit di kaunter. 


azah berurusan masukkan duit di kaunter TH Kota Bharu. dokumen yang korang perlukan untuk masukkan duit :

1. duit
2. buku akaun TH
3. kad pengenalan
4. borang deposit

*borang deposit korang boleh tanyakan pada polis bantuan yang bertugas. 


mula2 korang sampai di mana mana cawangan Tabung Haji, korang minta borang deposit dengan polis bantuan. 


lepas tu, korang pergi ke mesin nombor giliran, korang klik je simpanan (simpanan tunai). 
mesin nombor giliran TH dah canggih dah sekarang, touch screen. kihkih. 






dapat je nombor, korang isikan details pada borang deposit. detailsnya hanya tick DIRI SENDIRI pastu tulis amount/jumlah berapa. 


bila sampai je giliran korang, korang pergi ke kaunter dan bagitahu nak masukkan duit. nanti dia minta ic dan duit, key in key in. print statement dalam buku akaun korang, dah pun siap! sekejap je. dah dapat tau berapa jumlah terkini dalam buku akaun korang. hehe. senang je kan? 


nanti dia bagi korang satu salinan penyata untuk rujukan, yg penyata asal dia ambil. senang! 😁 bawah ni contoh slip simpanan wang untuk kita simpan. hehe





azah banyak masukkan duit rm5 sebab lepas kahwin sempat menabung duit hijau. hihi. boleh la 70 keping kan ;)

No comments