JPJ Kali Ketiga. LULUS atau GAGAL?

assalamualaikum..


kali pertama JPJ, klik SINI. untuk kali kedua JPJ, klik SINI. bila dah ada post second tu maksudnya dah gagal la kan :'D takpe, memang silap kita keluar kotak parking sisi, terpijak garisan tu. sabar dan redha je la kan :) mungkin juga asbab kereta mati enjin. haha. tapi apa-apa pun, past is past. lupakan je :D


so, kali ketiga JPJ lulus atau gagal eh? berita baik ke berita yang sama macam JPJ kali pertama dan kedua hari tu :P haha. kali pertama LULUS jalan raya sahaja. kali kedua GAGAL litar lagi. so kali ketiga?


macam biasa la kan, pagi-pagi semua "bakal pemandu" akan berkumpul. dan kami bagi yang repeaters ni digelar degree students la sebab dah dua tiga kali repeat kan. kali ketiga ni azah dapat GROUP C, no 7. kalau perasan semua no azah dapat ganjil kan :D dan macam biasa la, geng geng repeaters ni akan mulakan dulu RPK dan RSM. hari tu tak ramai orang pun. mungkin sebab geng-geng yang ambil motor akan test JPJ hari lain kan. so agak sunyi sepi jugak la.


bila dahh sampai turn azah, azah buat yang terbaik RPK dan RSM macam biasa. dan alhamdulilah lulus la. RPK RSM ni kacang je kalau betul-2 perhatikan waktu cikgu explain. hehe. tapi takpe, nanti azah share tips lulus RPK dan RSM ye. lepas check kereta semua, kami kena kumpul dekat satu tempat untuk buat litar pulak. and story began ~


kebetulan ada seorang cikgu dekat situ, tunggu nak kutip borang kami. azah sampai sampai je, azah dekat dengan cikgu tu. hansome bergaya.


azah: cikgu, kali ni saya nak request kereta viva nombor 7 yang saya selalu naik kereta cikgu ***. harap cikgu dapat pertimbangkan ea.
cikgu: kenapa? awak dah berapa kali repeat?
azah: ni kali ketiga. saya tak biasa kereta lain. saya nak kereta cikgu saya jugak
cikgu: okay, cikgu try ea.


waktu kereta favourite azah sampai depan bukit. tengah beratur menunggu driver (kami lah tu :P), azah dah bajet aku ni macam tak sempat je nak tunggu kereta cikgu aku tapi takpe. azah doa dan teruskan berdoa. moga ini pengakhiran segalanya. sampai la turn nombor 6, kereta azah nak belum tiba lagi. bila kereta lain dah sampai, azah tengok dekat cikgu tu seolah bagi hint. cikgu faham. jadi seterusnya nombor 8 dipanggil. lepas nombor 8, kereta tu belum lagi sampai. cikgu proceed no 9. dan akhirnya kereta azah sampai, terus cikgu angguk kat azah :') Allah. time tu rasa nak menangis sangat sebab kali ketiga baru dapat peluang naik kereta cikgu sendiri.



azah bawak kereta dengan hati2. naik bukit, turun bukit. LULUS. masuk parking sisi LULUS tapi bila nak keluar parking je, enjin kereta mati sama MACAM gagal kali kedua. Allah Allah. sedang asyik dok start enjin dan nak keluar, kereta mati. begitulah sekali dua. tiba-tiba


abang JPJ: turunkan handbrake la adiknyo ~

alamak. patut la enjin mati, handbrake tak turunkan. hahaa. keluar je parking, alhamdulilah LULUS :D saat mendebarkan lagi. parking 3 penjuru. alhamdulilah enjin kereta tak mati, LULUS. hiks. so proceed dengan S dan akhirnya selekoh Z :') orang cakap kalau selekoh Z ni perhatikan jugak takut naik divider kan. agaknya azah LULUS ke GAGAL eh?


lepas parking kereta tempat bukit, ambil result dengan pondok JPJ.


encik: awak lulus ke gagal? 
azah: saya rasa lulus 
encik : terus dia bulatkan satu bulatan




alhamdulilahh :D 7 je kesalahan buat. hehe. syukur syukur. asbab guna kereta cikgu sendiri kot kan :P ada orang sesuai dengan kereta tu. ada orang tak. syukurlah azah sesuai kereta tu. sekali test kereta tu dah lulus :D hehe. ada orang guna kereta tu gagal. mungkin pemanduan lain-lain kot kan :D syukur tak payah repeat dah. finally, LULUS jugak akhirnya :D


23 comments:

  1. Tahniah Azah. Finally Hee L :D

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan dan lulus utk next time..

    ReplyDelete
  3. @Ika.S tq sis :D sekarang dah lesen besar dah. hehe. sebab azah dah ada lesen motor :D

    ReplyDelete
  4. Alhamdullah... lulus jugak akhirnya ^^ lepas ni bolehlah bawa Hana outing kan? hahaha bergurau pulak budak Hana ni heheh :)

    ReplyDelete
  5. Yayyy!! Tahniah azah! Alhamdullilah..Allah nak uji tu... sekarang dah bagi.. tahniah ^^

    ReplyDelete
  6. @Mizz'strawery Smile ewaaaah outing ke mana? hahaa. adik pun dah habis sekolah dah :P

    ReplyDelete
  7. @Aida Hana terima kasih kak aidaa :D yup, Allah uji sikit je. last last lulus juga. hehe

    ReplyDelete
  8. Bagaimana kalau gagal litar dan jalan raya untuk kedua kalinya? Kena repeat untuk kali ketiga bagi kedua dua bahagian. Dah penat asyik kena ambik test jpj dan duit pun terbang melayang 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe awak. usaha tangga kejayaan! apa apa pun fokus. waktu JPJ, senyum dan banyakkan selawat jee. jalan raya jangan gabra sangat ye! :D

      Delete
  9. Saya dah gagal jpj 3 kali 😭😭😭 tak lulus2

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpeee. usaha lagiii. in shaa Allah awak boleh okay!

      Delete
  10. today is my 3rd time repeat for the litar and i failed again. as usual, parking. next week kali ke 4 minta minta lulus😭😭😭😭 haihh tak tahu lah kenapa... dari first jpj test, parking masalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah. dah 4 bulan berlalu, mudahan awak lulus hendaknya yaa :)

      Delete
  11. Saya baca blog awak ni sebelum saya test jpj lagi.. alhamdulillah hari ni 27/11/2018 saya lulus dengan jayanya bahagian II & bahagian III.. hehe walaupun jpj kedekut bagi markah, tapi syukur sebab dah lulus tak payah jejak sekolah memandu tu lagi hahaha! Btw markah jpj bahagian II saya 62/75 (cukup2 makan jer), bahagian III saya 67/80.. kedekut markah kan? Pdahal semua tu dh sebut kuat2 dah tak adil sbb dorg tak tanda pun yg kita beria-ria sebut tu :’) pape pun syukur dh lulus dgn sekali test alhamdulillah.. Korang yg akan ambil test tu kena doa byk2 and percaya dgn diri sendiri mesti boleh buat (sambil tangan kat dada pesan kat diri) hehehe Goodluck kawan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis...saya mau tnya klu markah dlm litar 67 lulus atau gagal?

      Delete
  12. kalaux lulus kna repeat ke qti?

    ReplyDelete
  13. Doakan saya test jpj minggu depan, Saya baca blog pasal jpj ni sbb takut. Huhuhuh semoga mendapat kereta yang Saya harapkan :)

    ReplyDelete