Giveaway #1 New Year 2018 by Cikyan




assalamualaikum semua! awal post pulak harini. haha. korang sihat ke? azah sihat alhamdulilah setakat ni. macam biasa, makin bambam jugaaa. perubahan hormon kahwin mungkin. eh? haha :D


okaylah. harini azah nak join satu giveaway dari bloglist favourite azah 2018 ni. yay! dengan cerita hadiahnya menarik. tak sabar nak menang. mohon azah salah seorang pemenang please. kalau tak, kalau tak, azah TERJUN KATIL. hahaha.


syarat nak join ni mudah aje. kalau kupas kacang pun, syarat cikyan lagi mudah. kihkih. okay jom kite terjah apa syarat cikyan ni :D


1. Buat entry bertajuk "giveaway #1 new year 2018 by cikyan". dan linkkan ke entry ini. Jangan lupa tepek banner sekali okeh.
2. Wajib review sikit blog cikyan dlm entry nanti
3. Wajib follow blog cikyan nih.
4. Cerita azam tahun baru korang okeh
5. Jangan lupa tinggalkan jejak tau.


REVIEW BLOG:
blog cikyan ni baru je dibina. rasanya tahun lepas kot so takpe, cikyan masih dalam proses belajar. takde apa yang perlu dikritik sebab semuanyaaaa dah cantik-cantik sangat dah! dulu azah mula-mula berblog pun macam cikyan jugak template blog ni. hihi. lama-lama nanti boleh la upgrade slow slow :D goodluck dalam dunia blog cikyan! naj kritik pun sebab dah banyak element yang cikyan ada dalam blog tu. chatbox, blog list, popular post :D so nice and complete!



AZAM:
azam azah tahun ni banyak. hahaa. salah satunya nak menang giveaway cikyan ni. eh aci tak gitu
? haha. azam ye. kalau ikutkan azam tahun lepas ada tak tertunai lagi. azam dua tahun lepas pun tak tertunai lagi. eh azam tiga tahun lepas pun tertunai lagi so pendek kata azam tahun ni nak tunaikan azam azam tahun lepas la. hahaa. boleh?


kuikui. gurau je. azam tahun ni azah nak kerja dalam bidang azah, Communication in English. selama ni ada kerja tapi belum lagi masuk bidang. kalau nak ikutkan kerja dalam bidang boleh aje tapi kena merantau lah. nak merantau susah sebab mak azah kan tengah tak sihat. taakpe, mudah-mudahan ada rezeki jaga mak, azah dapat beribu rezeki lain. aaamiin.


azam kedua nak luaskan legasi suami. nak rezeki anak awal-awal. korang doakan azah tau :D azah suka budak. kihkih. haritu azah pernah nak dapat pregnancy sign dah sekaliiii adik P datang pulak. haha. so takpe, lepas ni kita usaha lebih lagi :D


azam lain in shaa Allah tahun ni nak tunaikan umrah dengan suami. korang pun doakan jugak ni ye. kalau diizinkan Allah, in shaa Allah ke sana lah. kalau belum takpe, kita azam tahun depan pulak. hehee. last azam, nak tambahkan aset yang ada. ada lagi aset yang tak tertunai. in shaa Allah kalau ada rezeki lebih ada lah :D



HARAPAN
haha. walaupun cikyan tak suruh buat harapan tapi takpe azah nak tambah syarat jugak. haha. harapannya harap azah menang. eh eh. haha. takdelah. kalau ada rezeki, ada la kan :) pastu mudah2an segala azam azah tercapai. korang doakan tau. mana tau ada pembaca yang mulut masin, dapat jugak azah tunaikan azam azam azah. aamiin. moga giveaway cikyan mendapat sambutan. aamiin ya rabbal alaamiin :D





10 comments:

  1. thank sudi join tau.. thanks atas review blog cikyan.. thanks sbb support.. good luck tau ! semoga azam tahun baru tercapai.. hihihi

    ReplyDelete
  2. @Nur Azian Jaafar amiiin. terima kasih cikyan :D moga impian cikyan pun tercapai jugak. hehe

    ReplyDelete
  3. GV doakan semoga harapan dan azam akak tahun ni akan tercapai. Good luck juga utk GA kak. Hihi. :)

    ReplyDelete
  4. baru sempat terjah dr GA yang sama.. salam perkenalan

    ReplyDelete
  5. @Rodiah Amir terima kasih sis. salam perkenalan jugak :D

    ReplyDelete